JI SUNG memasang soket pada tempatnya kemudian menegakkan ibu jarinya tanda okey. Shin Yeo memahami maksud Ji Sung dan mula menggerakkan vacuum ke ruang tamu rumah pangsa milik bekas cikgunya itu. Dia lalu beredar masuk ke dalam kamar tidurnya, mengemas seluruh pelusuknya. Mereka berdua telah sama-sama sepakat untuk menjadikan Shin Yeo sebagai 'amah' cuma pada hari itu manakala Ji Sung pula merangkap seorang pembantu.
Tidak setakat itu, kedua-duanya membersihkan cermin beberapa buah jendela di situ. Nampak sungguh tiada rungutan tertera di wajah wanita itu bahkan dia berasa sangat senang. Ketika Ji Sung tengah menjemur pakaiannya di beranda, Shin Yeo pula memberi makan ikan-ikan peliharaan di dalam akuarium. Kemudian dia mengelap pula sebuah binaan rumah kecil yang menjadi perhiasan dalam bilik bacaan tersebut. Tersenyum-senyum Shin Yeo memandang binaan itu. Kekal..Ji Sung kekal menyimpan binaan yang sama-sama mereka cipta dahulu.
Kemudian mereka sama-sama memasak juadah untuk makan malam. Jelas sekali mereka adalah pasangan bahagia yang tidak ubah seperti suami isteri. Kemesraan dan keintiman yang terpamer menunjukkan indahnya percintaan mereka berdua yang bagai tiada aral halangan. Moga begitulah hendaknya.
"Awak pernah cerita projek pembangunan baru tu akan bermula lepas dapat pengesahan dari pihak atasan, kan?" tutur Ji Sung berbicara.
"Yeh.." jawab Shin Yeo pendek.
"Mm..dengar cerita CEO Hotel Seoul dah letak jawatan. Takkan proses projek tu akan tertangguh?"
"Eh?" Shin Yeo sedikit kaget secara tiba-tiba. "Ahni-a. Sekarang Hotel Seoul dah ada CEO baru." Ada riak keberatan di wajah wanita itu apabila memanjangkan lagi jawapannya.
"Yakah? Saya baru tahu tentang cerita ni. Siapa agaknya CEO baru tu?" Nyata Ji Sung hendak tahu.
Shin Yeo diam buat beberapa saat. Kemudian baharu dia bersuara. "Lee-shi. Dia adalah anak tunggal kepada pemilik hotel." Saat itu dia belum bersedia mahu bercerita lebih lanjut tentang bos yang baru dikenali siang tadi.
Ji Sung mengangguk-angguk faham. Dia mengukirkan senyuman. "Sekarang awak dah boleh berlega hati sebab projek tu pasti akan bermula tak lama lagi. Saya tentu akan berasa lebih bangga dengan awak. Fighting!"
Wanita itu senyum senang. Dia suka akan kata-kata semangat yang Ji Sung berikan. Lelaki itu sentiasa berada di sampingnya untuk menyokong malah begitu prihatin terhadap dirinya. Sesungguhnya dia mengaku rasa bertuah punya seseorang seperti Ji Sung dalam melayari perit getir kehidupannya selama ini.
Acara akhir sekali..Shin Yeo dan Ji Sung menikmati pemandangan malam yang cerah dengan kelipan bintang melalui beranda rumah pangsa tersebut.
"Shin Yeo..saya rasa sangat bahagia malam ni. Harap awak pun sebahagia saya. Bukan saja pada malam ni tapi untuk selamanya." Satu tolehan mesra lagi penuh dengan pandangan kasih sayang ditujukan khas buat Shin Yeo yang hanya mampu memberikan senyuman manis sebagai tanda penghargaan akan ayat indah lelaki itu.
Selepas itu dia merebahkan sipi kepalanya di atas bahu Ji Sung yang tampak senang akan kondisi tersebut. Sungguh jarang wanita itu melakukan yang sedemikian namun sekali-sekala Shin Yeo berbuat begitu, sebenarnya mampu menghangatkan lagi jiwanya. Sebelum itu dia pernah meragui perasaan Shin Yeo terhadapnya, bolehkah dia dipandang bukan dengan status seorang cikgu? Namun hari demi hari, dia semakin yakin perasaan mereka berdua serupa. Juga ternyata mereka sedang melalui saat-saat bahagia bersama.
TAE HWAN baru sahaja menyelesaikan kerjanya. Setelah menutup pintu bilik pejabat, dia melintas di hadapan meja Shin Yeo. Dia cuma memandang kejap ke arah situ sebelum mengangkat kaki. Asyik sahaja dia memandu kereta mewahnya menyusur lebuhraya besar tetapi jelas sekali fikirannya sedang terganggu.
Dia menghentikan keretanya di tepi jalan lalu keluar mengambil angin malam segar yang sepoi-sepoi. Seakan-seakan ada kesusahan yang tengah dialaminya detik itu namun cuba dipendam sahaja. Apa yang pasti, sebenarnya dia berusaha ingin mendamaikan hati sendiri.
"MAAF, saya mungkin akan terlambat.” Shin Yeo sedang bersembang di talian telefon bimbit miliknya.
“Kerja awak masih banyak? Apa kata kita tangguhkan saja?”
“Ahni-a. Tak baik macam tu.”
“Kurae. Saya tunggu awak.”
“Apa kata awak masuk dalam dulu?”
“Ya Kim Shin Yeo-shi..itu lagi tak baik. Biar saya tunggu awak.”
“Awak masuklah dulu. Sekejap lagi saya pasti akan sampai.”
Tiada kedengaran bunyi suara dari Ji Sung. “Chua. Jangan tak ada.” Akhirnya dia bersuara pula.
Shin Yeo tersenyum. “Yeh..jumpa di sana." Talian sudah ditutup.
Shin Yeo tersenyum. “Yeh..jumpa di sana." Talian sudah ditutup.
Segera sahaja Shin Yeo mahu mengemaskinikan fail-fail tersebut. Dia tidak berkehendak Ji Sung ternanti-nantikan dirinya di panggung berkenaan apatahlagi dia sudah berjanji akan sama-sama menonton wayang pada hari itu. Manakala rakan-rakan yang lain lebih senang membawa balik kerja masing-masing di rumah. Dalam erti kata lain, ketiga-tiga rakannya itu sangat patuh dengan prosedur waktu datang dan pulang kerja yang telah ditetapkan. Jangan harap mereka ingin betah berada di pejabat.
Awalnya Ji Sung berhajat menunggu di luar sahaja, alih-alih dia menuruti kehendak Shin Yeo di hujung talian tadi. Dia mengambil tempat duduk dalam panggung bersama-sama para penonton lain. Tayangan akan bermula bila-bila masa. Sesekali matanya menyorot ke belakang, ke arah pintu masuk bilik panggung. Berharapkan kemunculan Shin Yeo tetapi ianya mustahil. Tidak mungkin wanita itu akan sampai ke lokasi dalam masa yang sangat singkat. Ji Sung bersabar sahaja.
SI bos terlebih dahulu selesai bertugas. Shin Yeo masih kekal di posisi mejanya, menyusun timbunan fail tadi di atas sebuah rak kecil. Di ambang pintu pejabat, Tae Hwan dan Shin Yeo bertemu pandang. Dingin. Cuma sekejap. Selepas itu Tae Hwan mengorak langkah bersahaja pergi dari situ. Tampak agak angkuh pula lagaknya. Shin Yeo pula berwajah acuh tak acuh kemudian dia bergegas mengemas barang-barang ke dalam begnya yang sederhana besar. Dia sudah terlewat. Lantas sahaja digalas beg tersebut lalu keluar.
Tae Hwan menekan butang lif yang kemudian terbuka luas. Terlihat akan kelibat Shin Yeo yang seakan tergesa-gesa meluru ke arah lif yang sama, Tae Hwan sengaja lekas-lekas masuk dan terus menekan punat G. Nampak sungguh dia enggan membenarkan wanita itu menaiki lif yang sama. Sebaik Shin Yeo berkira-kira hendak memasuki lif tersebut, pintu sudah hampir tertutup. Namun sempat lagi tentangan serius Tae Hwan dan pandangan bengang Shin Yeo bertembung.
Kelihatan Shin Yeo sekadar mampu melepaskan keluhan. Dalam fikirannya waktu itu hanya terbayangkan penantian lama Ji Sung.
Dia keluar dari lif yang seterusnya. Mempercepatkan langkah kakinya menuju ke luar bangunan hotel mewah lagi ternama itu. Berlari-lari anak Shin Yeo menyegerakan diri ke perhentian bas yang berdekatan.
Tanpa sedar, ekor sepasang mata Tae Hwan tersaksikan kondisi staf wanitanya itu yang lagaknya seakan-akan mengejar sesuatu. Detik itu dia tengah duduk di dalam kereta yang hanya menunggu untuk dipecut. Salahkah tindakannya tadi yang sengaja awal menutup pintu lif? Walhal dia sudah ternampak akan bayang wanita itu berhajat untuk masuk ke dalam lif yang sama. Ah! Peduli apa.
AGAK termengah-mengah nafas Shin Yeo dibuat kelewatannya datang ke panggung wayang. Para penonton bagi tayangan sebelum itu sudah mula berduyun-duyun pulang. Tayangan telah tamat. Sekali lagi Shin Yeo mengeluh. Dia benar-benar terlewat. Dek keletihan, dia mencecahkan punggung di atas sebuah bangku awam yang disediakan di panggung berkenaan.
"Shin Yeo?"
Dia terus berpaling. Muncul wajah Ji Sung di layar matanya yang keredupan, cuba menghapus rasa letih.
Nipis senyuman Ji Sung memandang Shin Yeo. Langsung tiada rona kehampaan yang terpamer di wajah lelaki itu acapkali si kekasih tidak sempat datang malah terlepas tayangan.
Lekas Shin Yeo bangkit dari duduknya lalu menghadap Ji Sung. "Bhia neh.. saya betul-betul terlewat. Bhia nata."
Ji Sung melembutkan senyuman, selembut jiwanya. "Saya faham awak sibuk. Tak usah minta maaf lagipun saya tahu awak bukan sengaja. Cuma awak tak dapat tengok tayangan tu hari ni."
"Kwen cha na yo." Shin Yeo segera meningkah. "Saya boleh tengok lain hari. Tak pun, awak boleh cerita pada saya."
Ji Sung menarik muka, bagai keberatan pula menerima ayat akhir wanita itu. "Tak naklah jadi tukang cerita. Awak tunggu sekejap." Terus sahaja Ji Sung bergegas ke kaunter tiket membuatkan Shin Yeo sedikit bingung. Tidak lama kemudian dia kembali kepada Shin Yeo dengan dua keping tiket dalam pegangannya.
"Bwuh ga?" soal Shin Yeo. Kehairanan.
Ji Sung memegang sebelah tangan Shin Yeo lalu berkata. "Mari tengok wayang." Pantas dia membawa wanita itu masuk ke dalam panggung wayang tetapi kini untuk tayangan lain pula tanpa mempedulikan Shin Yeo terkebil-kebil memandangnya. Barangkali tidak menduga akan tindakan drastik sang kekasih.
Kedua-duanya duduk bersebelahan di dalam panggung yang sudah dipenuhi oleh para penonton kerak wayang.
"Tak seronok tengok wayang tak ada awak," beritahu Ji Sung dalam nada berbisik.
Shin Yeo senang mendengar kata bisikan lelaki itu. Perasaan wanitanya tercuit jua. Mereka sama-sama tersenyum sebelum menumpukan perhatian pada layar luas di hadapan yang mula memutarkan tayangan. Juga di luar sedar Ji Sung, dalam senyap Shin Yeo memberikan pandangan kagum terhadapnya sebelum menoleh semula ke arah layar wayang.
0 comments:
Post a Comment