Thursday, February 21, 2008

Extra 5 : [Flashback]

TIADA idea ke destinasi mana hendak diinjak, Tae Hwan dan Shin Yeo Cuma menyusur perjalanan mengikut rasa hati masing-masing.

“No..kenapa tak tukar baju? Kolotnya kau keluar bertemu-janji dengan seragam sekolah.” Nada Tae Hwan sudah tidak sekadar tadi. Mungkin angin buruknya sudah bertukar baik.

“Lepas balik sekolah aku terus kerja sambilan kemudian aku pergi ke panggung wayang sampai kau datang lepas satu jam lebih. Kurae so..aku tak ada masa nak tukar baju.” Jelas Shin Yeo.

“Kau perli aku? Chukko oh?” Sambut Tae Hwan membalas. “Tak usah cakap panjang lebar.”

Shin Yeo mengerling ke arah lain sambil meniti jalan. Bosan berlawan kata dengan Tae Hwan.

“Kau kerja sambilan?” Teragak-agak Tae Hwan bertanya. Sebenarnya dia tidak tahu menahu langsung perihal tersebut.

“Wah..kasihannya hidup kau.” Sengaja memerli.

Shin Yeo tidak mahu mengambil kisah. Serasa hatinya langsung tidak tersinggung. “Do..kenapa pakai macam ni?” Semenjak tadi dia berteka-teki mengapa Tae Hwan berpenampilan sedemikian rupa. Seperti orang berada lagaknya.

“Wei? Bukankah aku nampak lebih kacak?”

"Kelakarnya.”

Tae Hwan mengetap bibir sambil merenung tepat ke arah Shin Yeo. Geram diperli sekali lagi.

Bersahaja gadis itu menjeling ke posisi lain lalu matanya tertancap ke arah satu sudut di mana ramai orang awam sedang bersorak meriah menyaksikan sesuatu. Tertarik hati Shin Yeo dan tanpa berlengah, dia meluru ke situ.

“Ya!” Pekik Tae Hwan.

Shin Yeo langsung tidak menghiraukan. Naik hairan pula Tae Hwan dibuat lagak gadis berkenaan.

Mahu tak mahu, Tae Hwan menyusul menyaksikan apa yang tengah menarik perhatian Shin Yeo. Rupa-rupanya adalah satu persembahan amal kulit wayang. Dilihatnya Shin Yeo sudah mengambil tempat di salah satu barisan bangku kayu, Tae Hwan akhirnya akur. Dia duduk di sebelah Shin Yeo.

Nampaknya persembahan tersebut menarik perhatian ramai orang terutama sekali kanak-kanak. Sesekali dia melirik, Shin Yeo tersenyum-senyum. Teruja mungkin menyaksikan persembahan yang sama. Bahkan dia tidak menyangka Shin Yeo sebenarnya boleh tertarik dengan benda-benda sebegitu. Hasilnya, dia tersenyum sendiri.

Selajur segala kesesakan hati yang melanda akibat pertelingkahan dengan Puan Choi tadi kian lenyap.

0 comments: