DI taman hotel yang sunyi...Tae Hwan tengah mengambil angin. Tidak lama kemudian dia mengeluarkan pula sekotak rokok dan menyalakan api pada hujung puntung rokok dengan sebatang pemetik api. Nampaknya sikap lama lelaki itu masih berlanjutan. Malah dia tampak lega ketika menghembus kepulan asap rokoknya.
Telefon bimbitnya pula berdering. Tae Hwan tidak menghiraukannya. Enggan berhajat hendak menjawab entah panggilan daripada siapa.
Setelah beberapa lama dia meluangkan masa di taman tersebut, lalu sahaja dia melangkah kembali masuk ke dalam bangunan hotel. Dia sedang meluru ke pintu lif apabila satu suara menegurnya secara tiba-tiba.
Jung menunduk memberi tanda hormat. "Sajangnyim, Puan Choi nak jumpa tuan dalam pejabatnya."
Tae Hwan mula menampakkan riak tidak senang pula. Acuh tidak acuh.
SEMACAM tidak kisah sahaja Puan Choi ketika Tae Hwan menghadirkan diri ke dalam bilik pejabatnya itu. Dia masih asyik menandatangani beberapa buah fail. Manakala Tae Hwan pula duduk di atas sebuah sofa berdekatan meja Pengarah Besar hotel berkenaan. Bersahaja.
Beberapa minit kemudian baharulah Puan Choi melontar pandang ke arah anak lelakinya itu yang sudah sedia serius menentangnya. "Dah mula bekerja hari ni. Kau tak terlewat macam selalu kau buat. Memang bagus. Mak harap tak timbul masalah pada hari-hari lain pula."
"Wei? Kalau saya timbulkan masalah, bolehlah mak hantar saya balik semula ke Cheju. Itu harapan mak kah?" balas Tae Hwan bersama kata sindiran.
Puan Choi tersenyum sinis. Tae Hwan menjeling ke arah lain, tidak selesa.
"Kop chong mannyo. Kau dah besar. Mak takkan halau kau ke mana-mana lagi. Kau akan tetap bekerja di sini sama ada suka atau tidak, semuanya mengikut kehendak mak. Sekalipun kau adalah CEO baru, mak kekal berkuasa atas semua urusan yang berlaku dalam hotel ni. Ada faham tak?"
Tae Hwan hanya menyimpul senyuman senget. Semacam mengejek pula apa..?
"Mak dapat tahu kau dah beli kereta baru," ujar Puan Choi membuka cerita lain.
"Bukan urusan mak. Juga tak perlu risau, saya tak guna nama dan wang mak."
"Mm..baguslah tu. Lagipun mak dah arahkan seorang pembantu untuk jual kereta lama kau. Tak kisah, kan?"
Tae Hwan kelihatan menjeling lagi. Semakin tidak senang pula. "Mengapa saya nak ambil kisah? Kereta lama tu pun mak yang bagi pinjam jadi kereta tu tak ada kena-mengena dengan saya lagi. Aissh..kelakarnya." Tidak habis-habis lelaki itu hendak melawan, enggan mahu beralah.
"Ya Lee Tae Hwan!" Puan Choi mula nampak berang. "Mak cuma nak ingatkan kau satu hal saja. Tentang projek baru yang bakal berjalan tu..kalau kau tak buat dengan baik, jangan menyesal kalau mak tarik semua kewangan yang kau ada. Malah mak takkan berkira-kira untuk halau kau dari hotel ni. Jadi kalau tak nak dapat susah, jangan cuba-cuba nak buat hal!"
Dia hanya merenung si ibu dari posisi duduknya tanpa balasan bicara.
"Wei? Susah nak faham kah cakap mak tadi? Mak sedang cabar kau untuk uruskan projek tu dengan baik. Mak tak mahu sebarang masalah."
Senyuman kambing sering menemani bibir Tae Hwan apabila berdepan dengan Puan Choi, seolah-olah sedang mengejek.
"Kau jangan nak cari pasal dengan mak lagi!" Puan Choi memberi amaran tika terpandang senyuman sinis lelaki itu. Boleh jadi dia betul-betul akan naik berang jika terus berhadapan dengan Tae Hwan.
Lantas Tae Hwan membangunkan dirinya. "Nampaknya tak ada apa lagi nak dicakapkan. Anda." Selamba sahaja CEO baru itu meminta diri untuk mengangkat kaki dari dalam bilik pejabat.
Di waktu yang sama, sebenarnya Puan Choi berasa sungguh sesak geram akibat lagak angkuh anak lelakinya itu tetapi dia cuba bertahan dengan perangai si anak yang amat menyakitkan hati.
MESKIPUN baru hari pertama masuk bertugas, Tae Hwan sudah nampak keletihan membuat kerja di dalam pejabat. Sesekali dia memusing-musing tubuh badannya yang sengal-sengal malah melakukan beberapa senaman ringan untuk menghilangkan rasa letihnya yang mungkin bakal menjadi satu kebosanan.
Tae Hwan cuba menggagahkan diri untuk meneruskan kerjanya. Tetapi pada akhirnya, dia menyembamkan wajah di atas meja. Lagaknya seperti orang yang hendak lena.
Tiba-tiba telefon berdering beberapa kali tanpa dipeduli. Dia kemudiannya menjawab panggilan tersebut dengan wajah yang masih melekat pada meja. Malas. "Yap se yo.."
"Sedang buat apa? Nak makan tengah hari bersama?" Suara Eun Joo kedengaran di hujung talian.
Baharulah lelaki itu mengangkat wajah lalu meluruskan duduknya. "Tak apa. Awak sajalah pergi makan. Saya masih tak lapar."
"Deh.." Nada Eun Joo menerima sahaja tanpa membantah.
Dia meletakkan gagang telefon sebelum menghembus satu keluhan yang entah punya makna tersirat atau tidak.
BERCEKAK pinggang Tae Hwan memerhati sekeliling ruang dapur pejabat yang agak kecil itu dan tanpa melengahkan masa, dia segera mencari sesuatu dari satu kabinet ke kabinet yang lain. Namun tiada apa pun yang memenuhi pencariannya. Dia tetap tidak mahu berputus asa malah meneruskan lagi misinya.
Kebetulan Shin Yeo masuk ke situ dalam waktu yang sama. Tampak dia tertanya-tanya akan perbuatan si bos yang tengah duduk mencangkung sambil menyelongkar kabinet bawah.
"Tengah cari apa?" Shin Yeo lalu menegur.
Tae Hwan sedikit terkinjat pantas bangkit. Dia buat-buat berlagak gentleman pula. Tidak menduga ada orang lain akan berada di situ. Shin Yeo tenang sahaja.
"Bwuh? Begitukah cara kau menegur bos? Kelakarnya." Tae Hwan membalas. Serius.
Suasana di antara kedua-dua insan itu langsung tidak mempamerkan perhubungan yang pernah terjalin sebelum ini. Jelas sekali mereka seakan baharu mengenal antara satu sama lain. Tiada rasa kekok mahupun segan.
Shin Yeo enggan mengambil peduli akan komen bos baru itu kemudian meluru ke sinki dapur. Lekas sahaja Tae Hwan hendak keluar.
"Sajangnyim." Tiba-tiba Shin Yeo bersuara lagi.
Langkah Tae Hwan terhenti. Pandangannya masih ke hadapan.
"Kalau nak cari makanan, kau boleh pesan dari bahagian dapur hotel." Shin Yeo memberitahu.
Sebenarnya agak jarang dia dan rakan-rakan menyimpan makanan dalam bilik dapur. Selalunya mereka hanya akan menggunakan peralatan dapur untuk memasak ataupun menjerang air.
Tae Hwan menjeling geram sebelum berpaling ke belakang. Shin Yeo pula asyik membasuh bekasnya di atas sinki.
"Ya..! Bagaimana kau boleh pasti aku sedang cari makanan?!" Alamak. Apa ni? Tae Hwan cuba berdalih. Lantas dia berlalu keluar dari ruang tersebut.
Shin Yeo memandang sekilas. Rasa macam pernah berada di dalam situasi sebegitu lama dahulu.
Daun pintu ditolak agak kasar dari luar oleh Tae Hwan. Dia nampak berang. Insiden bersama salah seorang stafnya tadi menjadi punca barangkali. Detik itu dia setakat ingin meredakan emosi sendiri. Akan tetapi sebaik sahaja dia terpandangkan kelibat Shin Yeo yang muncul dari bilik dapur ke tempat duduknya, emosi berangnya tiba-tiba menurun. Ketajaman pandangannya jelas terpancar. Lima saat kemudian dia terus beredar dari hadapan jendela.
LANGKAHNYA dihentikan sebaik sampai ke sebuah gelanggang awam di mana sebuah permainan bola keranjang sedang berjalan. Ji Sung sangat kosentrasi bermain bersama pasukannya. Shin Yeo tersenyum-senyum menyaksikan permainan tersebut yang melibatkan sang kekasih.
Sejurus permainan tamat, Ji Sung kelihatan berjabat tangan dengan ahli-ahli kedua belah pasukan sebelum dia berlari-lari anak menuju ke arah Shin Yeo yang tengah duduk di atas sebuah bangku.
"Tahniah," ucap Shin Yeo atas kemenangan pasukan lelaki itu sebentar tadi sambil sebelah tangannya menghulur sebotol air.
"Komawo," balas Ji Sung menyambut dengan senyuman mesra. Dua tangannya sibuk mengelap peluh keletihannya. "Wah..rasa segar pula puas bermain petang ni. Dah habis kerja?"
Shin Yeo menjawab dengan sekali anggukan. "Awak tak kerja kah?" Sebelum pergi ke gelanggang tersebut, dia terlebih dahulu menerima mesej daripada Ji Sung yang menghendakkannya ke situ. Tertanya-tanya juga hatinya apa sebenarnya motif Ji Sung. Rupa-rupanya lelaki itu terlibat dalam permainan di tempat berkenaan sekalipun waktu sedemikian dia seharusnya berada di dalam pejabat.
"Disebabkan permainan petang ni, saya bawa semua kerja balik rumah. Lagipun tiada siapa yang boleh halang saya buat begini. Awak sibuk malam ni?"
"Ahni. Wei? Awak nak ajak saya keluar?" soal Shin Yeo dalam tekaan.
"Perasannya," ujar Ji Sung menyakat.
Akibatnya, berkerut pula wajah Shin Yeo.
"Rasa malas nak ajak awak keluar malam ni. Kurae so..saya nak upah Cik Kim Shin Yeo jadi amah saya." Ji Sung berterus-terang.
"Bwuh?" Agak terjegil sepasang mata Shin Yeo mendengar. "Amah?" Terasa lucu akan ayat lelaki itu.
Ji Sung mengangguk. "Saya cakap benar tapi untuk hari ni saja."
"Awak tak bergurau, kan?" Shin Yeo masih seakan tidak dapat mempercaya.
Dia hanya tersenyum sambil mengemas begnya. Shin Yeo kebingungan. Apa benarkah cakap Ji Sung? Lalu sahaja lelaki itu menarik tangan Shin Yeo untuk beredar dari situ dengan menggalas beg sukannya.
Tuesday, February 26, 2008
Chapter 5
Posted by luckystar at 4:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment