“TAE HWAN!” Panggil Eun Joo yang ketika itu tengah membaca sebuah majalah di ruang tamu apabila terpandang adik lelakinya baharu pulang.
Bersahaja Tae Hwan menoleh. Nampak malas-malasan hendak bersua dengan si kakak.
Eun Joo mengalihkan pandang dari majalah ke wajah Tae Hwan. “Malam ni kita pergi makan malam bersama. Aku dah tempah tempat di restoran hotel.” Eun Joo seakan-akan memberitahu dan mempelawa.
“Awak sajalah yang pergi.” Balas Tae Hwan acuh tak acuh.
“Kenapa? Kau tak nak ikut?” Eun Joo sedikit hairan.
“Deh. Tak ada angin nak makan di luar.”
"Tak boleh. Kau kena ikut juga. Mak pun pergi sama. Dah lama kita sekeluarga tak makan bersama, kan?”
Tae Hwan diam. Rasa sesak seolah-olah diri sedang didesak. Apatahlagi malam nanti dia sebenarnya juga punya perancangan tersendiri.
"Tae Hwan..kau mesti pergi sekali. Pakai kemas sikit. Jangan risau. Hanya kita bertiga, tak ada klien. Oh? Pergi, ya?”
Hendak terus membantah, akibatnya Tae Hwan akan jadi naik rimas dengan setiap jawapan yang bakal diterima. Nampak gaya alasannya pasti tidak langsung didengar Eun Joo. Hanya keluhan berat mampu terhembus dari mulut Tae Hwan. Selajur dia berangkat menuju ke tingkat atas.
LUAR hotel...Tae Hwan menyelak jam tangannya. Sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Di sebelahnya Puan Choi dan Eun Joo sedang menunggu kereta ke hadapan hotel tersebut.
Riak wajah Tae Hwan nampak resah. Entah apa yang difikirkannya.
"Seronoknya dapat makan bersama malam ni. Ke cho?” Eun Joo mengajuk sambil memaling seketika ke arah Tae Hwan dan Puan Choi.
Kedua-dua beranak itu tidak bersuara. Hanya reaksi muka menjadi respon. Sebenarnya Eun Joo sengaja bercadang membawa mereka berdua makan malam bersama bagi menjernihkan lagi perhubungan dua beranak itu namun hasilnya tetap sama. Puan Choi dan Tae Hwan langsung tidak mesra malah semasa sewaktu makan malam tadi Puan Choi lebih banyak bercakap tentang perniagaan sementara Tae Hwan membisu sahaja.
Dalam diam Eun Joo sedikit kesal. Keegoan kedua-duanya meninggi hingga sama sekali tiada niat mahu berbaik-baik. Hakikatnya, Puan Choi dan Tae Hwan sama sahaja.
“Apa kata cuti sekolah nanti kita sekeluarga pergi bersiar-siar atau melancong? Tentu lebih seronok!” Eun Joo cuba-cuba memancing sambil ingin menghilangkan suasana sepi antara mereka bertiga.
“Kalau berhajat nak pergi, kamu berdua sajalah. Mak sibuk dengan kerja.” Puan Choi pula bersuara malah lantas menampakkan dia sedang menolak rancangan tersebut. Pendek kata, bagai tidak sudi pula.
Wajah bersahaja namun hati berkata-kata. Tentulah Puan Choi enggan pergi. Wanita itu hakikatnya tidak langsung sudi mahu meluangkan masa bersama terutama kalau dia ada sekali. Bukankah Puan Choi menyampah menengok wajahnya? Tae Hwan memendam rasa geram.
“Takkan seronok kalau mak tak pergi sama.” Tingkah Eun Joo.
“Siapa cakap? Saya lebih suka pergi melancong bersendirian.” Tiba-tiba Tae Hwan pula menyangkal. Seakan-akan memerli.
Merubah wajah Puan Choi jadinya. Dia terasa hati.
“Tae Hwan.” Eun Joo menegur.
“Apa yang pelik? Bukankah tak baik ganggu kerja orang?” Makin menusuk pula sindiran Tae Hwan.
“Tae Hwan!” Tegur Eun Joo lagi.
“Budak tak tahu untung! Kau perli mak, kan? Dah makin berani, ya? Deh! Memang betul. Lagi bagus kalau kau tak timbulkan masalah hingga naikkan darah mak!” Akhirnya Puan Choi naik berang.
Tae Hwan memandang tajam pula ke wajah si ibu. Benar-benar sesak. Memang betul dia memerli. Apa bezanya Puan Choi? Wanita itu juga tidak pernah meluahkan kata-kata yang menyamankan hati. Ejekan dan cemuhan juga yang selalu dilemparkan kepadanya.
“Cukuplah! Takkan nak bergaduh di sini pula?” Eun Joo berasa geram.
Puan Choi cuba bertenang. Pantas Tae Hwan membuka langkah, meninggalkan tempat berkenaan.
“Tae Hwan!” Nyaring Eun Joo memanggil. “Odi kha?!”
Langsung tiada sahutan malah Tae Hwan segera melangkah tanpa berpaling. Bengang sungguh terus berhadapan dengan Puan Choi yang hanya berterusan membuatkan dia makan hati.
“Usah pedulikan dia. Budak kurang ajar!” Sumpah Puan Choi dalam marah yang masih bersisa.
Eun Joo sekadar mengeluh berat. Benar-benar kecewa.
PANGGUNG wayang lengang. Semua pemegang tiket sudah masuk ke dalam bilik panggung sejam lalu. Kelihatan Shin Yeo sedang duduk di atas sebuah bangku batu sambil menghayun-hayunkan kedua belah kakinya. Tampak bosan lama menunggu. Sesekali dia memandang dua tiket di tangan kemudian mengeluh ringan.
Lalu dia bangkit kerana memutus mahu pulang sahaja tetapi belum pun sempat dia berbuat sedemikian, kelibat Tae Hwan pula yang muncul. Merenung dari jauh, Shin Yeo seakan dapat mengagak lelaki itu dalam kekusutan. Benar kah?
Dengan pandangan yang sengaja ditundukkan, Tae Hwan berhenti tepat di hadapan Shin Yeo yang tengah merenungnya. Tae Hwan mengangkat pandang lalu menangkap pandangan hairan gadis itu.
“Do bwuh ya?” Tae Hwan segera menyoal.
“Otto kha ji? Kau dah terlambat.”
Nampak benar Tae Hwan geram. “Kurae so..kau dah buang tiket tu?”
Shin Yeo menggeleng lalu menadah dua keping tiket kepada Tae Hwan.
Tae Hwan segera menyambarnya. Sedikit kasar. “Kenapa kau tak pergi masuk saja tadi?!” Sekasar nada yang dilontarkan. Dia terus melangkah hendak meluru ke dalam panggung.
Ketinggalan di belakang..Shin Yeo mampu menyedari kelainan Tae Hwan. Apa yang telah terjadi kepada lelaki itu? Semacam naik angin. Tidak seperti selalu.
Tiba-tiba langkah Tae Hwan terhenti lalu berpaling. Rupa-rupanya Shin Yeo langsung tidak menyusul. Gadis itu hanya memandang naif ke arahnya. Mungkin berasa hairan akan perubahan mood nya ketika itu. Tae Hwan kemudian meluru kepada Shin Yeo.
“Aku tak ada mood nak tengok wayang. Kau pergilah balik.” Sungguh bersahaja Tae Hwan melemparkan madah seiring meninggalkan posisinya. Semacam langsung tiada belas ehsan terhadap si gadis. Nyata sekali mood dia hendak bertemu-janji pada malam itu sudah tercalar.
Shin Yeo setakat merenung kosong pemergian lelaki itu. Seperti biasa, dia nampak sama sekali tidak kisah diperlakukan sedemikian.
“Lee Tae Hwan!”
Tae Hwan berhenti dan berpaling. “Wei?!” Tampak malas bercampur geram yang berbaki.
“Nak aku temankan?”
Segera rona wajah Tae Hwan bertukar. Hairan dan curiga. Macam tidak percaya. Tiada senyuman di wajah Shin Yeo yang menunjukkan kebenaran kata tawarannya tadi. Cuma riak naif lagi tenang sahaja yang menerbitkan keikhlasan dari jiwanya.
Chua - Okey / Baiklah
Ahnyo hase yo - selamat sejahtera
Bwuh sun je shi ya? - apa yang kau buat?
Otto kha ji? - bagaimana sekarang?
0 comments:
Post a Comment