Sunday, February 24, 2008

Chapter 2

MELEPAK sambil menikmati air jus di sebuah kafe, Tae Hwan berasa sedikit senang. Kemarahannya pun sudah reda. Meski dia menganggap tindakan Puan Choi menarik keretanya agak melampau namun dia tidak mahu ambil kisah. Lebih baik dia menentang dari menurut kemahuan si ibu yang sama sekali tidak direla. Tidak lama kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Eun Joo dalam skrin. Wajah Tae Hwan bagai ingin mengeluh. Apa hal si kakak menghubunginya waktu itu? Tentang ibu lagi kah? Huh..keluhan akhirnya terluah jua.

Alih-alih Tae Hwan menanggalkan bateri telefon bimbitnya dan secara automatik panggilan Eun Joo terputus. Dia berlalu dari meja menuju ke kaunter bayaran lantas meninggalkan tempat tersebut. Sesungguhnya detik itu dia hanya inginkan ketenangan dan kedamaian hari.

Tidak setakat itu, dia singgah pula ke game studio. Nampak sungguh seronok mengawal permainannya yang kekal setangkas dan secekap dahulu. Ternyata, dia masih meminati permainan tersebut acapkali masa sudah lama berlalu.

Beberapa orang awam termasuk Tae Hwan sedang menantikan ketibaan bas untuk menuju ke destinasi seterusnya. Tidak lama kemudian sebuah bas menuju perhentian tersebut. Matanya tiba-tiba tertancap akan kelibat seseorang yang sedang kusyuk membaca sesuatu di tepi tingkap bas berkenaan. Ironinya, pandangan itu statik. Tidak lagi memandang ke sana-sini. Hanya fokus pada satu wajah yang langsung tidak menyedari sedang diperhatikan dari luar. Hinggakan diri sendiri lalai untuk menaiki bas tersebut. Entah apa punca membuatkan hati Tae Hwan tiba-tiba tergerak untuk berbuat demikian malah sungguh, dia rasa semacam.

Setelah pasti semua penumpang naik, si pemandu bas mula menekan pedal minyak beredar dari situ. Sekalipun telah ketinggalan, ekor matanya tetap memerhati. Wajah itu tidak lepas dari pandangannya. Jauh dan makin jauh. Baharulah Tae Hwan meleretkan sepasang matanya. Dia berteka-teki. Apa sebenarnya yang sudah berlaku? Dia dalam kekeliruan. Kesekian kalinya dia terus memandang lagi ke arah bas berkenaan yang mula menghilang.


TAE HWAN menjejak masuk ke dalam rumah tatkala dia mendapati seorang wanita sedang kelihatan menyediakan hidangan makanan dari dalam bilik dapur ke ruang makan. Mata Eun Joo tiba-tiba tertangkap akan kepulangan si adik.

"Dah balik?" Perlahan dan lembut sapaan si kakak. "Marilah makan sama-sama."

"Saya tak lapar," jawab Tae Hwan acuh tak acuh. Dia terus hendak menaiki anak tetangga ke tingkat atas.

"Gop chong ma. Puan Choi tak ada. Mak pergi ke majlis makan malam. Lagipun, esok kau akan berpindah. Jadi pasti kita akan jarang makan bersama. Marilah," pelawa Eun Joo pula yang sudah mengambil tempat di meja makan.

Mahu tak mahu Tae Hwan menurut. Mereka berdua duduk berhadapan. Senyap.

"Tadi aku cuba hubungi kau. Mengapa tak jawab?" Eun Joo menyambung perbualan.

Tae Hwan menundukkan pandang. Enggan menjawab. Selamba.

Eun Joo tenang sahaja. Memang sudah terbiasa dengan tabiat dan perangai lelaki muda itu.

"Mengapa nak tinggal di apartmen sendiri? Tak nak tinggal dengan kami lagi?"

Tampak wajah si adik yang tidak mahu membicarakan soal tersebut.

"Chua..rasanya aku tahu apa sebabnya." Dalam minda Eun Joo detik itu hanya terbayangkan Puan Choi sebagai sebab utama Tae Hwan berhasrat memiliki sebuah apartment sendiri.

Dia berdiam sahaja. Tidak mahu berkata apa-apa malah menganggap Eun Joo sendiri faham akan kondisi tegang antaranya dan Puan Choi.

Senyap lagi.

Agak lama Eun Joo menatap wajah si adik sebelum berbicara. "Tae Hwan..nak tahu tak? Sebenarnya aku kagum dengan kau."

Dia mengangkat sedikit pandangannya kepada Eun Joo.

"Aku kagum dengan pencapaian kau, berjaya tamat pengajian tinggi malah menguruskan resort hotel keluarga kita di Cheju dan aku tahu kau dah banyak berusaha selama ni. Kadang-kadang aku terfikir semasa mak nak hantar kau ke Cheju dulu, aku rasa ia bukan idea yang baik tapi sebaliknya, kau mengagumkan aku."

Senyuman sangat nipis terukir di bibir Tae Hwan tetapi nampak samar. Barangkali dia berasa senang akan ayat si kakak.

"Sebab tu aku tak nak menghalang kau nak tinggal di mana-mana pun kerana aku percayakan kau. Cuma mak mungkin nampak tak kisah tapi aku nak kau tahu sebenarnya dia juga mengambil berat terhadap kau."

Statik, lagak Tae Hwan statik bersahaja mendengar ungkapan Eun Joo. Semacam tidak serius menerimanya jika berkaitan dengan Puan Choi. Dia masih dengan keyakinannnya, si ibu itu hanya mengutamakan urusan kerja namun semua itu bukanlah masalah besar untuk dirungutkan. Dia sudah kebiasaan tidak mendapat perhatian dari keluarga lalu lebih elok dia hiraukan diri sendiri sahaja.
"Pasal kereta kau tu..aku akan cuba dapatkan kereta baru untuk kau."

"Bwuh?" Tae Hwan sedikit terkejut. "Lebih baik jangan. Saya tak nak pekena Puan Choi lagi."

Eun Joo ketawa kecil. "Jangan risaulah. Aku akan buat dengan baik kali ni. Kau tunggu dan lihat saja."

"Ahni-a..saya akan beli kereta baru sendiri."

"Biar aku saja yang buat." Eun Joo bertegas.


"Ahn deh yo. Biar saya yang buat sendiri. Saya tak nak bergantung pada sesiapa." Tae Hwan tetap berkeras. Dia sudah bertekad mahu memiliki sebuah kereta baru sekalipun keretanya sebelum ini masih di dalam tangan Puan Choi. Helah wanita itu..dia mahu memastikan tidak akan beralah.

"Baiklah, aku dah tak boleh buat apa-apa lagi." Eun Joo tewas akhirnya tetapi tidak mengeluh.

"Aku juga harap kau akan lebih berusaha lagi selepas dilantik sebagai CEO hotel. Keluarga kita dan semua pekerja bergantung pada kau kelak. Apa yang penting, jangan hampakan aku dan mak." Eun Joo bersungguh-sungguh mengutarakan bicara.

Tae Hwan menghembus keluhan ringan. "Araso..awak jangan risau." Satu ayat yang seolah-olah tengah memberikan sebuah jaminan.

Eun Joo tersenyum puas. Dia tidak meragui kata-kata Tae Hwan.

Satu hal lagi, bila kau dah mula bekerja nanti jangan datang lepas pukul 10 kalau tak nak dileter." Dalam nada gurauan dia memberi peringatan.

Tae Hwan sekadar memandang si kakak dengan lagak bersahaja tetapi akur.


"AHNYO HA SE YO." Perlahan tetapi mesra nada sapaan selamat kepada rakan-rakan sekerja yang datang lebih awal daripadanya.
"Ahnyo ha se yo!" sambut tiga rakannya yang sudah berada di pejabat waktu itu.

Dia terus duduk di tempatnya lalu mengemas meja sebelum memulakan tugas.

"Nak dengar cerita tak?" cetus Byun, satu-satunya rakan sekerja lelaki di situ. "Rupa-rupanya projek kita tu akan bermula setelah mendapat pengesahan daripada CEO baru hotel ni. Bukannya pengurus besar yang akan tandatangan pengesahan kita tu. Agaknya berapa lama lagi projek tu akan bermula, ya?"

Ketiga-tiga rakannya pula hanya tahu memasang telinga, khusyuk mendengar cerita tersebut.

"Kalau macam tu projek takkan berjalan dalam masa terdekat ni? Baguslah. Kita masih ada masa nak melengkapkan semua rekaan yang ada. Tak begitu?"

"Tapi kalau projek tu tak dilaksanakan dengan cepat, kita semua akan berada di sini lebih lama." Byun menunjukkan tanda protes.

"Wei? Kau tak sukakah?"

"Bukan tak suka cuma kita bakal dapat tugas yang berlambak juga kerja lebih masa. Kamu suka bekerja sampai tengah malam? Aku lebih senang bekerja di syarikat aku."

"Tapi satu hal yang mungkin kau dah lupa, wang upah yang hotel ni berikan pada kita lebih lumayan. Kurae so..ambil sajalah peluang ni. Byun-shi, takkan kau begitu penakut buat kerja?" Kwak menduga pula.

"Ahni-a." Byun tegas menafikan.

"Aku sokong cakap Cik Kwak," ujar Mi Na menyambut ceria.

Byun terus menoleh ke arah seorang rakan sekerjanya yang hanya menjadi pemerhati tanpa mencelah. "Shin Yeo-shi, apa pula pandangan kau?"

"Eh?" Dia seakan-akan rasa payah pula hendak menjawab. "Da..aku hanya nak buat kerja ni dengan baik."

Byun mengeluh hampa. Kalah.

Kwak dan Mi Na bertepuk ria lantaran dapat menewaskan rakan sekerja lelaki mereka itu.

"Dengar tak, Byun-shi?" Kwak memerli pula.

Byun mencebik geram.

"Byun-shi..janganlah susah hati. Kalau kau nak minta bantuan, kau boleh harapkan aku." Shin Yeo menambah lagi sambil menepuk dadanya dua kali sebagai jaminan. Cuba meredakan kehampaan si rakan.

"Chong ma yo?" soal Byun membalas.

Shin Yeo sekadar mengangguk.

Byun tersenyum pula. "Komawo, Shin Yeo. Hanya kau yang baik hati di sini."

Shin Yeo membalas senyuman lelaki itu.

"Kenapa cakap macam tu pada Shin Yeo? Adakah itu bermakna kau tak sukakan kami?" Kwak pula kini memprotes.

"Byun-shi.." Mi Na mengeluarkan nada seakan tidak percaya Byun sebenarnya tidak menyukainya.

Byun serba salah pula. Ditoleh pada Shin Yeo, seolah-olah ingin meminta bantuan.

"Kwak-shi, sebenarnya.." Belumpun sempat Shin Yeo menghabiskan butir kata untuk membantu, Kwak sudah memintas.

"Tak usah cakap. Dia memang tak sukakan kami."

Byun mengekek. "Ahni yo. Tolong jangan salah faham. Aku cakap macam tu tak bermakna aku tak suka kamu berdua. Aku cuma nak ambil hati Shin Yeo. Itu saja."

Shin Yeo kelihatan mengangguk tanda setuju.

"Pendek kata, aku sukakan kamu bertiga. Okey tak?" Dia cuba menjelaskan keadaan sebenar.

Mi Na pantas mengukir senyuman. "Okey! Aku suka Byun-shi cakap macam tu."

Byun menghampiri Kwak pula. "Bagaimana, Kwak-shi? Kau takkan fikir aku tak sukakan kau, kan?" Memujuk.

Kwak menoleh kepada Byun. "Chua..aku takkan ambil kisah pasal ni lagi. Okey?"

Keempat-empatnya segera tersenyum senang. Keadaan sudah jernih kembali.

0 comments: