ANGIN petang sepoi-sepoi bertiup perlahan. Shin Yeo berniat pula ingin mengambil angin di luar rumah. Sesekali dia memandang pintu rumah Ji Sung yang tertutup rapat. Entah agaknya si cikgu ada atau tidak di dalam pada waktu itu.
Dia menjengul pemandangan petang melalui benteng batu yang berketinggian separas pinggangnya. Fikirannya tiba-tiba melayang kepada Kang Goo. Sungguh dia merindui ayah saudaranya. Amat benar dia mengharapkan pertemuan dengan Kang Goo. Kemudian dia menaiki benteng tersebut dan melabuhkan pula punggungnya di situ. Dia duduk releks sambil menikmati pemandangan senja yang nampak tenang sahaja.
Perlahan langkah Tae Hwan menuju ke tempat tersebut. Tiada seorang pun penghuni yang berada di rumah tika itu jadi lebih baik dia merayau di luar. Si ibu sibuk dengan perniagaan dan tentu sekali tidak akan ambil peduli perihal dirinya.
Shin Yeo tertoleh ke sebelah. Kaget.
Tae Hwan sudah sedia memandangnya dari belakang sebelum beredar menuju ke benteng yang sama lalu sama-sama mendudukinya di sebelah kiri Shin Yeo yang sungguh kehairanan akan kemunculan tiba-tiba lelaki itu. Selamba pula tu.
"Mengapa kau ada di sini?" Shin Yeo bersuara. Aneh.
Lain pula respon Tae Hwan, dia berpaling memandang rumah Ji Sung. "Dia berada di dalam tu?"
"Nugu? Saetangnyim?" ujar Shin Yeo menjawab sambil menyoal.
Tae Hwan tidak membalas, membiarkan sahaja pandangannya ke hadapan.
Shin Yeo enggan mengambil kisah. Jikalau lelaki itu tidak mahu memberikan jawapan, ia bukan masalah besar buat dirinya. Namun dia kekal tertanya-tanya sebab sebenar Tae Hwan berada di situ. Tak ada angin tak ada ribut, tetiba sahaja lelaki itu memunculkan diri. Pelik!
Beberapa saat kemudian Shin Yeo memusingkan tubuhnya pula untuk beredar dari tempat tersebut yang lalu dipandang hairan oleh Tae Hwan. Apa gadis itu tidak sudi meluangkan masa bersamanya sebentar di situ?
Dia menghentikan langkahnya dan berpaling. "Aku masuk dalam sekejap."
Bermakna..gadis itu akan kembali ke situ. Bukan hendak meninggalkan Tae Hwan keseorangan di atas benteng batu tersebut.
Tae Hwan tidak banyak bicara malah cuma mendiamkan diri sahaja tatkala Shin Yeo kembali semula duduk bersebelahan dengannya. Apa yang pasti, mereka berdua berlagak selamba sahaja.
"Kau tinggal dengan siapa?" Tiba-tiba Tae Hwan mengeluarkan suaranya.
Shin Yeo nampak seakan-akan ragu pula hendak membalas. Agak lama.
"Ya..aku sedang tanya kau ni. Tak dengar kah?" ujar Tae Hwan lagi menyambung dek tiada reaksi daripada gadis itu.
"Cuma aku seorang saja. Pak cik dah tak tinggal di sini lagi," jawab Shin Yeo tidak secara terperinci.
Tae Hwan sekadar hendak tahu. Dia tidak mahu banyak soal.
"Kau?" Giliran Shin Yeo bertanya. Sebelum ini dia tidak pernah mengambil tahu akan perihal kehidupan sebenar pelajar lelaki itu. Apa yang dia tahu, Tae Hwan hanya punya seorang ibu. Lain-lain hal sama sekali dia tidak jelas.
"Ayah dan abang aku dah tak ada lagi. Mereka meninggal dalam kemalangan." Ringkas tetapi padat jawapan selamba dari mulut Tae Hwan. Tenang.
Shin Yeo meleretkan sepasang matanya, baru tahu secebis kisah latarbelakang keluarga lelaki itu. Rupa-rupanya mereka berdua serupa. Anak yatim. Cuma Tae Hwan barangkali agak bertuah, masih punya seorang ibu.
Suasana antara mereka berdua sunyi-sepi tanpa timbul butir-kata. Masing-masing cuba melayan perasaan sendiri.
Dalam diam Shin Yeo mengeluarkan sesuatu dari dalam kocek jaket yang dipakainya lalu bersahaja menghulurkannya kepada Tae Hwan.
Tae Hwan nampak sedikit pelik.
"Bagi kau," beritahu Shin Yeo.
"Bwuh? Benda buruk ni? Mengapa nak beri pada aku?" sambut Tae Hwan sambil meneliti seutas headset, pemberian pertama daripada gadis itu.
Seolah-olah ingin mengeluh Shin Yeo dibuat tutur kata lelaki muda itu. "Disebabkan ia buruklah aku beri pada kau. Kalau tak mahu, aku ambil balik." Dia memulangkan paku buah keras pula sambil menadah meminta kembali headset tersebut.
Tae Hwan setakat menyimpulkan senyuman kambing yang biasa ditonjolkannya. "Ya..teruknya kau. Shiro." Enggan. Dalam senyap, dia olah-lah suka akan pemberian itu.
Shin Yeo terus mengerling ke arah lain. Bosan dengan permainan Tae Hwan yang tidak sudah-sudah memerli dirinya. Kalau mahu, mengapa tidak mengaku sahaja?
Dalam waktu yang sama, Ji Sung tengah hendak membuka daun pintu rumahnya namun belum pun sempat dia melangkah kaki ke luar, matanya tertancap pada kelibat dua remaja yang sedang sama-sama sepi memandang warna senja. Ji Sung terhenti buat seketika. Dia langsung tidak sedar pelajar lelaki itu boleh berada di situ. Memandang wajah releks Shin Yeo dari belakang, tenang saja lagaknya. Dipandang pula riak selamba Tae Hwan yang serius namun punya kelembutan tersendiri.
Tidak lama selepas itu Ji Sung mengundurkan langkahnya kembali dan dengan perlahan serta hati-hati, dia menutup rapat pintu rumahnya.
Dia meluru ke satu sudut sebelum duduk menyandarkan tubuhnya pada sebuah rak lalu menghela nafas sambil menentang atas siling. Senyuman nipis terukir di bibir lelakinya. Namun senyuman itu semakin kendur seiring pandangannya ditundukkan ke bawah. Apakah erti di sebalik pandangan Ji Sung?
Saturday, February 23, 2008
Extra 8 : [Flashback]
Posted by luckystar at 5:53 AM
Labels: Recap 4rom The Previous
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment