SEORANG wanita berpakaian elegan dengan kot berwarna merah jambu menutup baju lapisnya malah dipadankan pula bersama skirt paras lutut. Jika sekali pandang nampak seperti wanita muda sekalipun sudah kelihatan kedutan di wajahnya yang tengah kecari-carian sesuatu.
Ji Sung yang baharu saja tiba di kawasan rumahnya itu mula dilanda rasa pelik dek kemunculan wanita tersebut.
"Aneyo se yo.." ujar Ji Sung lembut menyapa.
Wanita itu terus berpaling.
Bulat mata Ji Sung apabila mendapati bahawa wanita itu adalah insan yang sangat dikenali.
"Ji Sung, anakku.."
Bagai hendak tidak tercakap Ji Sung ketika berhadapan dengan situasi yang benar-benar di luar jangkaannya. "Omma?"
Terukir riak risau di wajah wanita itu tatkala perhatiannya menjengah ke seluruh ruang rumah kecil anak lelakinya. Ji Sung menghidang segelas minuman di atas meja mudah lipat pindah miliknya. Ketara dia agak kekok menerima kehadiran insan tersebut.
"Ji Sung..selesa kah tinggal di sini?"
"Mak..tolonglah."
"Tak usah buat begini lagi. Marilah ikut mak pulang," tutur si wanita seakan-seakan sedang membujuk.
Pandangan Ji Sung sekadar menunduk sahaja.
"Berhentilah jadi guru pelatih. Mak dan keluarga kita masih perlukan kau. Tak usahlah larikan diri lagi."
"Siapa beritahu mak saya berada di sini?" sambut Ji Sung membalas.
Si ibu mengeluh pula. "Itu tak penting. Mak tak faham mengapa kau mesti nak jadi guru? Syarikat keluarga peninggalan datuk kau sangat memerlukan kau. Lagipun pak cik kau bersetuju untuk menyerahkan segala urusan syarikat pada kau. Kau tentu tahu selama ni dia telah banyak mendidik kau jadi tak bolehkah kau menghargainya?"
"Omma.."
"Ji Sung-a, tak ada guna kau cuba mengelak kalau hati kau masih ada kami."
Kini giliran lelaki itu pula menghembus nafas keluhannya.
"Mak tahu sebab kecewa dalam percintaan, kau jadi begini. Tapi takkan selamanya kau nak mengelak? Kau tak nak endahkan mak, ya?"
"Omma..saya dah lupakan dia. Saya berasa senang sekarang," ujar Ji Sung mengulas.
"Kurae so..pulanglah pada mak. Pulanglah pada kami, Ji Sung." Si ibu kekal tidak mahu berputus asa untuk menasihat malah memujuk anaknya itu. "Baik. Kalau kau masih belum bersedia untuk ambil-alih jawatan pak cik, pergilah ke Jepun, mak nak kau stabilkan urusan cawangan syarikat kita di sana. Bagaimana?"
"Mak tak faham."
"Chua, kau beritahu apa yang mak tak faham?" ajuk si ibu.
Ji Sung hanya menampakkan wajah keluhannya. Semenjak wanita itu datang, dia tidak terlepas untuk mengeluh.
"Pertimbangkanlah dulu hal ni. Mak ada bawa tiket ke Jepun sekali." Si ibu meletakkan tiket tersebut di atas meja berhadapan lelaki itu. "Tolonglah, Ji Sung. Tolong jangan tak hiraukan mak. Pak cik kau amat mengharap. Tolong jangan kecewakan kami lagi."
Dia tidak mahu membalas mahupun membantah. Membatu.
"Biarlah mak pulang dulu. Kalau kau dah bersedia, hubungilah mak. Mak akan sentiasa menunggu kau." Si ibu lalunya meminta diri untuk mengangkat kaki dari rumah tersebut.
Ji Sung mulanya enggan tetapi dia tidak sampai hati membiarkan si ibu berlalu begitu sahaja. Dia terus bergegas keluar. "Omma!"
Wanita itu sekali lagi berpaling.
Dia membalas palingan wajah si ibu. "Tolong jangan mengharap sangat. Saya tak nak mak kecewa."
"Jaga diri baik-baik. Pulanglah ke rumah kalau kau ubah fikiran. Pintu rumah sentiasa terbuka untuk kau."
Si ibu lekas pergi dari tempat itu. Lantas menimbulkan kesan di dalam jiwanya. Pilu. Matanya sempat tertangkap akan tiket yang ditinggalkan wanita tadi di atas mejanya. Serba salah dia dibuat si ibu. Sungguh dia masih tidak punya hati hendak memenuhi harapan ataupun permintaan si ibu. Malah lantaran itu jugalah dia merelakan diri untuk meninggalkan rumahnya demi mencari kebebasan sendiri dan salah satunya adalah dengan menjadi guru pelatih. Acapkali profesion itu biasa sahaja pada pandangan sesetengah orang, dia berasa cukup selesa. Namun tidak seselesa dia diwariskan jawatan ketua pengarah syarikat keluarganya.
Saturday, February 23, 2008
Extra 7 : [Flashback]
Posted by luckystar at 5:21 AM
Labels: Recap 4rom The Previous
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment