Thursday, February 21, 2008

Extra 2 : [Flashback]

Shin Yeo berdiri sebaris Tae Hwan di hadapan pantai itu. Sama-sama menikmati pemandangan cantik di situ yang lalu membuahkan rasa lega dan puas dalam jiwa masing-masing. Sekali lagi Tae Hwan melirik kepada Shin Yeo dalam diam. Dia seakan-akan mahu tersenyum sendirian.
"Tahu tak kau teruk bila menangis?" Tae Hwan bersuara tidak lama kemudian. Dia masih tidak jemu kah ingin memperlekehkan gadis itu?

Shin Yeo sedar tentu ejekan itu merujuk pada perbuatannya menangis semalam. "Ikut suka hati aku nak buat apa. Kau tak usah ambil peduli." Mendatar sahaja nada yang diajukkannya.

Tae Hwan tersenyum kambing. "Kau memang teruk."

Shin Yeo menoleh. Meski dia nampak kurang senang mendengar ayat komen pelajar lelaki itu tetapi yang jelas, hatinya tidak terasa sama sekali.

0 comments: