TEPAT jam lima petang, Shin Yeo seperti biasa melangkah keluar dari sebuah bangunan lalu mengambil jalan ke sebelah kanan. Kemudian entah tidak semena-mena dia memperlahankan langkahnya ketika pandangan menangkap kemunculan Tae Hwan yang tengah duduk di riba jalan.
Hatinya terdetik. Bagaimana lelaki itu tahu dia berada di tempat berkenaan? Kebetulan sahaja kah?
Tae Hwan mendekati Shin Yeo.
“Do..”
Belum sempat gadis itu menghabiskan bicara, Tae Hwan sudah memintas. “Kau kerja sambilan di situ?” Seiring menoleh ke arah bangunan yang berhampiran.
“Otto keh...?” Shin Yeo masih kebingungan.
“Aku ekori kau lepas waktu sekolah tadi.” Ringkas jawapan Tae Hwan.
Shin Yeo semacam tidak menyangka pula. Bagaimana boleh dia tidak perasan lelaki itu mengekorinya sepanjang menuju ke tempat dia bekerja sambilan? Betul-betul pelik. Mereka berdua mula beransur-ansur meninggalkan tempat berkenaan.
“Mengapa kau tak balik rumah saja?” Shin Yeo mempertikai pula.
“Ikut suka hati akulah.” Balas Tae Hwan. Semacam nampak bosan ditimpa persoalan sebegitu.
Sewaktu hendak menyeberang jalan, Tae Hwan lekas-lekas melambaikan sebelah tangannya ke sebuah teksi yang tengah berlegar di kawasan tersebut.
Shin Yeo diserang rasa curiga pantas menghadang perbuatan Tae Hwan.
“Apa yang kau tengah buat ni?”
“Bwuh? Tak nampak kah? Aku tengah tahan teksi.”
Shin Yeo berasa pelik. “Berapa banyak duit kau ada? Butte. Mahalnya naik teksi. Lebih baik kau tahan bas saja.” Selepas itu dia segera meminta si pemandu teksi untuk pergi dari situ.
Tiba-tiba kedengaran bunyi ketawa Tae Hwan. Shin Yeo semakin hairan bin pelik melihat keletah Tae Hwan yang amat jarang dapat timbul. Ketawa? Sungguh tidak sinonim buat karekter lelaki itu tetapi ini adalah kenyataan, Tae Hwan sedang ketawa mengekeh. Di sebalik kehairanan, jiwa Shin Yeo sebenarnya terdetak. Apa yang membuatkan Tae Hwan tidak selalu girang sebagaimana yang dipamerkan waktu itu? Ketawa riang....langsung tiada riak kesinisan dan kebengisan yang terserlah. Secara langsung, Shin Yeo seakan ingin turut tersenyum memandang wajah ria Tae Hwan.
“Do bwuh wei?” Mengerut dahi Shin Yeo berhadapan dengan Tae Hwan yang sememangnya nampak semacam kali itu.
“Berapa banyak duit aku ada?” Sambut Tae Hwan, masih dengan sisa tawanya. “Kelakakarnya soalan kau. Oh..nampaknya kau tak tahu aku siapa.”
Shin Yeo bengang. Tidak mampu memahami maksud Tae Hwan.
Tae Hwan kekal bersama rasa geli hatinya. Memang sah gadis itu belum sepenuhnya mengenali diri dia yang sebenar. Malah hal itu juga yang membuatkan dia terhibur hingga boleh tertawa.
“Chua. Kau nak tahu siapa aku?” Tae Hwan sedang berfikir-fikir. “Hmm..lain kali sajalah kau tahu.”
Tae Hwan berhajat mahu mempersendakannya kah? Shin Yeo beranggapan. Dia naik bosan dengan karenah lelaki itu.
Memang wajar kah Shin Yeo langsung tidak tahu perihal dirinya? Dia adalah anak orang berada lalu tidak perlu hirau hendak naik kenderaan apa asalkan dia punya wang. Mengapa Shin Yeo jahil tentang itu? Akibatnya, dia rasa kelakar.
“Ya..” Ajuk Tae Hwan kepada Shin Yeo. “Bodohnya kau.”
Makin bengang malah bingung Shin Yeo dibuat Tae Hwan. Kini dia dikata bodoh pula? Shin Yeo benar-benar cuak.
“Kau apa kurangnya? Senyum dan ketawa. Kenapa tak cuba buat? Takut kau takkan nampak lebih kacak?”
“Ya!” Tae Hwan tampak tidak suka. Semacam boleh naik angin bila-bila masa.
Shin Yeo berpaling. Enggan berhadapan dengan emosi Tae Hwan yang kemungkinan mula menimbul. Lantas dia dahulu menyambung langkah.
Tae Hwan belum mahu menyusul. Dia kelihatannya tidak jadi naik angin. Sebaliknya, lelaki itu seperti sedang melamun sendiri.
Senyum dan ketawa? Baharu sedar dia telah melakukan kedua-dua hal itu sebentar tadi. Seolah-olah sudah terlalu lama dia enggan berbuat sedemikian. Namun, kebelakangan ini serasa secara spontan dia sudah boleh tersenyum dan tertawa. Beransur-ansur dia memandang ke hadapan. Fokus adalah kelibat belakang Shin Yeo yang semacam seronok sendiri sahaja menyusur jalan tanpa mengambil peduli akan Tae Hwan yang masih ketinggalan, tidak bergerak dari posisinya berdiri.
Pandangan Tae Hwan makin mendalam. Membayangkan dia kian terkeluar dari karekter lamanya..serasa penyebabnya adalah..gadis itu.
0 comments:
Post a Comment