TELEFON bimbit milik Shin Yeo berdering sejurus dia keluar dari bilik tandas pejabat. Pantas sahaja dia menjawab sebuah panggilan.
"Kim Shin Yeo-shi?" Kedengaran satu suara dalam nada bergurauan yang kemudian membuatkan Shin Yeo tersenyum sendiri.
"Yeh.." jawab wanita itu pendek sekali.
"Adakah saya mengganggu awak waktu ni?" Lembut dan perlahan suara itu bertanya.
"Ahni. Wei?"
"Mm..boleh teka tak apa yang saya nak beritahu awak?"
Wajah Shin Yeo sedikit berkerut. "Tak tahu. Bwuh yo?"
"Nampaknya awak kena gosok minda supaya lebih jelas sikit."
Lebar pula senyuman Shin Yeo, terasa kelakar.
"Tak apalah. Macam biasa saya nak ajak awak keluar makan malam ni. Tak boleh tak setuju. Bagaimana?"
Shin Yeo senyum lagi. Bagaimana dia hendak menolak jika si pemanggil sudah mengenakan syarat? "Yeh.." Dia bersetuju.
"Okey..kita jumpa di tempat biasa malam ni."
"Deh.." balas Shin Yeo sebelum mematikan talian dan meneruskan langkah ke hadapan.
Ji Sung turut mematikan panggilan dalam waktu yang sama dia sedang memandu kereta. Kali ini dia tampil dengan kelainan yang amat ketara. Nampak lebih segak dengan berpakaian sut dan tali leher, sungguh berbeza berbanding ketrampilannya semasa menjadi guru pelatih dahulu. Apa yang tidak berubah, dia selalu nampak ceria.
Sebaik sahaja sampai di kawasan parkir sebuah pusat gedung membeli-belah terkenal, dia terus mengorak langkah menuju masuk ke dalam bangunan gedung tersebut bersama beg kerja. Lagak seakan-akan seorang bos besar.
"Ahnyo ha se yo, sajangnyim!" Beberapa orang staf menyapa.
"Ahnyo ha se yo," balasnya ramah tetap dengan senyuman gentlemannya.
MATANYA asyik memerhati malah meneliti setiap inci tubuh kereta mewah jenama Mercedez Benz terkini yang berkilat kehitaman sambil didampingi oleh seorang ejen yang bekerja di syarikat pengeluaran kereta tersebut.
"Aku beli kereta ni." Lalu dia menyatakan kata putus.
"Yeh..saya uruskan prosedurnya sekarang juga," ujar ejen itu nampak senang dan berlalu.
Tae Hwan melemparkan pula pandangan bersahajanya ke arah lain sambil menunggu. Kini dia tidak lagi bersusah-payah menaiki bas awam memandangkan dia akan memulakan kerjaya sebagai salah seorang pemegang jawatan besar di sebuah hotel ternama tidak lama lagi.
Kemudian kelihatan dia keluar dari kawasan syarikat tersebut dengan memandu sebuah kereta mewah yang baru.
DARI jauh sudah Shin Yeo nampak akan lambaian Ji Sung yang sudah duduk di korner restoran berkenaan. Lantas dia meluru ke situ dan duduk berhadapanan lelaki itu. Lebih dahulu mereka memberikan senyuman mesra antara satu sama lain.
"Maaf, saya terlambat sikit." Shin Yeo membuka bicara.
"Tak mengapa. Janji awak datang makan malam dengan saya di sini." Ji Sung membalas. "Saya dah pesan makanan istimewa untuk awak tadi."
Shin Yeo mengangguk sahaja, tidak memprotes.
Ji Sung mula asyik memandang wajah wanita di hadapannya itu, bagai ada yang tidak kena. Tersenyum-senyum pula tu.
Shin Yeo jadi hairan. Dia cuba meraba-raba kedua belah pipinya, mungkinkah ada sesuatu yang aneh di wajahnya?
Ji Sung ketawa kelucuan pula. Shin Yeo mengerutkan wajah kehairanan.
"Wei yo? Ada yang tak kena kah pada wajah saya?" Shin Yeo terus menyoal.
Lelaki itu menggelengkan kepalanya. "Ahni..tiba-tiba saja saya rasa nak ketawakan awak. Boleh, kan?"
Baharulah kehairanan Shin Yeo beransur hilang. Rupa-rupanya Ji Sung saja mengenakannya.
"Bagaimana dengan projek hotel tu? Dah nak bermula?"
"Belum lagi. Tunggu pengesahan dari pihak atasan."
Ji Sung mengangguk faham. "Saya tahu dan saya yakin awak memang berbakat dalam bidang tu jadi awak kena berusaha lebih lagi walaupun awak dah berjaya jadi pereka hiasan. Saya bangga jadi cikgu awak," ujarnya ringkas.
"Ahn deh. Saya yang patut berbangga punya cikgu macam awak." Shin Yeo membalas pula.
"Baiklah. Kita sama-sama bangga antara satu sama lain. Bagaimana?"
"Boleh juga," jawab Shin Yeo tiada masalah.
Ji Sung tersenyum senang.
Selepas itu seorang pelayan menghidangkan dua pinggan berisi menu yang berlainan di atas meja. Mee tepung? Shin Yeo tersentap buat seketika. Dia mengangkat pandang ke arah Ji Sung yang masih tersenyum-senyum memandangnya.
"Saya tahu awak suka makanan ni jadi saya pesan untuk awak. Disebabkan awak sibuk saja kebelakangan ni jadi saya terfikir mungkin awak tak ada masa buat mee tepung. Jadi saya belanja awak makan mee tepung malam ni."
Shin Yeo menguntum senyuman nipis sambil memandang wajah si cikgu. Buat sesekian kali dia berasa senang pula.
Ji Sung terus menjamah hidangan makan malam, tempat biasa mereka sering bertandang bersama untuk mengisi perut masing-masing.
MEREKA berdua berjalan secara berdampingan sebaik sahaja habis menikmati makan malam di restoran tadi. Sekali-sekala Ji Sung dan Shin Yeo tersenyum memandang antara satu sama lain, menyerlahkan lagi kemesraan yang sedia ada.
Tanpa diduga, bersahaja pula Ji Sung memegang tangan Shin Yeo dan menggenggamnya. Segera wanita di sebelahnya itu menoleh. Ji Sung melebarkan senyum. Lalu Shin Yeo turut menyimpulkan sebuah senyuman sebagai balasan malah tiada halangan terhadap perbuatan si cikgu. Aik? Apakah maknanya ini?
"Agaknya kalau bekas-bekas pelajar saya nampak keadaan kita sekarang, tentu mereka akan terkejut." Ji Sung berkata dengan merujuk akan tautan dua tangan itu.
"Yakah?" sambut Shin Yeo.
"Mm.." angguk Ji Sung. "Malah mereka tentu takkan percaya kalau saya kata yang sekarang ni saya tengah bercinta dengan bekas pelajar saya. Awak rasa mereka boleh terima?"
Kemudian sahaja Shin Yeo berfikir. "Emm..mungkin."
"Mungkin? Kenapa pula?" soal Ji Sung.
"Kenapa? Awak rasa mereka tak boleh terima kah?" balas Shin Yeo.
Ji Sung mengeluh. "Kalau betul mereka tak boleh terima, kan lebih bagus."
"Wei?" Shin Yeo ingin tahu.
"Supaya saya boleh tengok awak cemburu sebab ramai perempuan meminati saya," jawab Ji Sung pula. Bergurau.
Pantas tersimpul senyuman di bibir Shin Yeo, rasa kelakar. Ji Sung ketawa ria.
Mereka meneruskan langkah.
"Shin Yeo.."
Wanita itu terus menoleh ke arah Ji Sung hanya memandang ke hadapan.
"Ini memang di luar dugaan. Percintaan saya dan awak memang di luar dugaan. Saya bekas cikgu awak dan awak pula adalah bekas pelajar saya. Awak rasa kita berdua sesuaikah jadi pasangan?" Baharulah Ji Sung melemparkan pandangan yang tampak begitu mendalam ertinya kepada Shin Yeo namun perjalanan tetap diteruskan.
Shin Yeo berdiam sejenak.
"Awak nak saya jawab apa?"
"Jawablah apa saja. Betulkah kita boleh jadi seperti pasangan bercinta yang lain?"
Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Belum pun terbuka mulutnya untuk berkata-kata, Ji Sung sudah memintas.
"Nak tahu tak? Tiap kali awak bersama saya, saya cukup senang sekali sampai satu masa di mana saya rasa tak mahu lepaskan awak. Mungkin sebab saya dah terbiasa berada di samping awak jadi saya tak nak awak pergi dari sisi saya. Sekarang awak jawab, saya bukannya pentingkan diri sendiri kan?"
Shin Yeo memandang wajah Ji Sung. Ada riak kagum dalam pandangannya terhadap lelaki itu.
"Ahni..awak tetap seorang yang baik hati sejak dulu lagi," ujarnya menjawab.
Ji Sung mengangguk. "Okey. Saya puas hati dengan jawapan awak."
Lalu mereka berdua sama-sama tersenyum senang.
"Satu hal lagi. Terima kasih kerana tak tinggalkan saya sewaktu saya dalam kepayahan."
Terhenti langkah Ji Sung tatkala ayat itu ditujukan kepadanya. Shin Yeo senyum memandangnya.
"Kenapa cakap macam tu? Bukankah saya adalah penyelamat awak? Saya nak awak tahu yang saya takkan sekali-kali meninggalkan awak."
Sejurus itu Ji Sung mengetuk lembut kepala Shin Yeo lalu tersenyum kecil. "Awak jangan cakap pasal tu lagi. Saya tak nak dengar terlalu banyak ucapan terima kasih daripada awak. Cukuplah awak menerima saya dalam hidup awak. Saya dah cukup gembira. Aracho?"
Shin Yeo sekadar menguntum senyuman. Kagum.
Sungguh percintaan itu langsung tidak terlintas dalam fikiran masing-masing meskipun Shin Yeo pernah nyaris-nyaris jatuh suka terhadap cikgunya namun kini ia sudah jadi kenyataan. Shin Yeo dan Ji Sung bercinta pula. Memang di luar dugaan akan tetapi disebabkan mereka memerlukan antara satu sama lain mendorong terciptanya perhubungan istimewa itu.
"Mari saya hantar awak balik."
Mereka lalunya meluru ke sebuah kereta milik Ji Sung malah sebaik sahaja kedua-dua menaikinya, kereta tersebut terus dipandu ke jalanraya besar.
0 comments:
Post a Comment