TATKALA Tae Hwan sedang memandu dalam perjalanan balik, dia mendapat satu panggilan yang benar-benar di luar dugaan. Namun perbualan di dalam telefon cuma sekejap sahaja.
Bahkan kesudahannya dia meluru masuk ke dalam sebuah restoran bertaraf lima bintang. Dia tercari-cari pula akan kelibat seseorang. Lalu dia kelihatan dilambai oleh seorang gadis yang sudah siap tersenyum-senyum menerima kehadirannya di situ. Tae Hwan sekadar bersahaja mengambil tempat bertentangan dengan gadis itu.
"Ya..kau sangat sombong sekarang." Butiran ayat pertama yang keluar dari mulut ramah si gadis, sengaja mengerutkan wajah tanda tidak senang.
Acuh tak acuh sahaja Tae Hwan memandangnya. Seakan-akan tiada hati hendak melayan komplen insan yang duduk di hadapannya.
"Tae Hwan Oppa!" Sedikit tinggi suara si gadis menegur tingkah lelaki itu. Benar-benar rasa tidak senang.
"Wei?" Akhirnya Tae Hwan mengeluarkan nada perlahan sebagai balasan.
"Kau nampak tak suka jumpa aku. Sombongnya."
Dia menjeling ke arah lain, bosan. "Ahni-a." Kedengaran malas pula suaranya menjawab.
"Habis tu? Bagaimana kau boleh tergamak tinggalkan aku di jalan begitu saja? Kau betul-betul tak berhati perut. Ah..aku dah tahu. Mentang-mentang kau dah jadi CEO baru. Jadi tak nak layan aku lagi, kan?" Lebar pula komen yang si gadis berikan kali ini. Rupa-rupanya adalah si gadis yang dia selamatkan tempoh hari dari perlakuan kasar seorang lelaki.
"Kau jangan merepeklah." Pendek Tae Hwan meningkah.
"Oppa! Kau betul-betul dah sombong." Si gadis tampak marah. Bengang.
Tae Hwan tersenyum meleret. Lagaknya seakan kelucuan mendengar ayat marah berkenaan.
Si gadis menarik muka masam. "Buat susah aku saja ajak kau ke sini kalau kau terus sombong begini."
"Ya..!"
"Wei?!"
"Aisshh.." keluh Tae Hwan pula. "Tak perasan kah kau bising sangat?"
Satu jelingan geram diserlahkan khas oleh si gadis kepada lelaki itu. Seolah-olah tengah merajuk kelihatannya.
"Siapa lelaki tempoh hari tu? Kekasih baru?" Tae Hwan bersuara lagi. Kali ini dia yang memulakan topik bicara.
Si gadis mencebik pula. "Yeh..teman lelaki aku. Tapi sekarang dah jadi bekas teman lelaki."
"Padan muka kau. Kelakarnya. Lain kali carilah teman lelaki yang elok sikit." Mengejek lah tu. Tae Hwan memberi pesanan.
"Deh.." sambut si gadis mendatar. Menyeluru lah pula. Sempat dijelingnya lelaki itu sekali lagi.
"Ya Si Tocang, bagaimana kau boleh berada di Seoul?" Serba sedikit dia berteka-teki akan kemunculan si gadis di bandar tersebut semasa terserempak dengan pertelingkahan tempoh hari.
"Bwuh? Kau mengata aku Si Tocang? Ya! Aku dah besar panjang. Jangan panggil aku macam tu lagi." Si gadis membantah. Sungguh tidak suka diri dipanggil dengan gelaran yang sudah lapuk. Dia tidak lagi mengenakan ikatan tocang pada rambutnya seperti zaman belajar dahulu jadi Tae Hwan tidak perlu terus-menerus menggelarnya sedemikian.
Tae Hwan tersenyum nipis. Betul juga. Si gadis bukan lagi pelajar universiti yang suka bertocang. Cuma kekadang dia terlupa bahawa gadis berhadapanan itu sudah meningkat dewasa dan matang dek sikap malah perangainya yang tidak berubah. Kebudak-budakan.
"Aku dah tamat belajar 6 bulan lalu. Jadi aku punya terlalu banyak masa lapang sebab tu aku datang ke Seoul. Rasanya dah lama tak berada di sini. Seronok pula," cerita si gadis dengan wajah ceria.
"Bagaimana dengan ayah dan mak kau?" soal Tae Hwan meneruskan topik perbualan.
"Mereka berada di Cheju. Aku dah besar. Mereka tak perlu halang aku nak ke mana-mana. Sebenarnya, lelaki tak guna tu yang ajak jalan-jalan di Seoul tapi dia suka cari pasal dengan aku. Semuanya nak ikut kemahuan dia saja. Sebab tu sekarang kami dah berpisah. Nak tahu tak? Dia adalah teman lelaki aku yang keempat tapi antara semua, dia paling menyakitkan hati. Menyampah!" Si gadis mengutuk secara terang-terangan. Berang dia memikirkan tentang si bekas kekasih yang bersikap terlalu mengongkong.
Lucu pula rasanya apabila Tae Hwan mendengar luahan hati gadis itu. Siapa suruh memilih lelaki sedemikian? Inilah yang dinamakan cinta buta. Lebih-lebih lagi memang sudah dalam pengetahuan dia bahawa si gadis seorang yang mudah menerima lamaran para jejaka yang menepati citarasanya untuk dijadikan teman lelaki. Namun dalam waktu yang sama, si gadis juga cepat bosan lalu tidak hairanlah dia dahulu yang mahu memutuskan perhubungan demi mencari kepuasan bercinta bersama lelaki lain pula. Alahai..memang trend sebegini kerap berlaku.
"Lupakan semua tu. Aku tak nak cakap lagi," saran si gadis lalu menumpukan perhatiannya ke arah Tae Hwan. "Oppa..kau betul-betul sibukkah?"
"Aku takkan datang sini kalau sibuk." Tae Hwan menjawab.
"Seriusnya. Tak boleh ceria sikit kah? Kadang-kadang aku pun gerun tengok kau serius begini. Langsung tak seronok!"
Meleret lagi senyuman sinis Tae Hwan. "Kalau macam tu kau belum kenal aku lagi." Serius memang sudah sebati dengan dirinya. Jadi dia tidak perlu mendengar atau mengendah persepsi orang lain terhadap keseriusannya yang sering dianggap aneh. Tetapi dia memang mengaku barangkali orang tidak begitu berkenan mendekati dek sikap seriusnya. Lantaklah! Itu bukan satu masalah buat dirinya.
"Betul juga. Aku dah agak lama kenal kau tapi kadang-kadang kau buatkan aku keliru. Tak mengapalah. Sekarang, cakaplah pasal kau. Bagaimana dengan temu janji yang mak kau aturkan tu? Berjaya?" Si gadis tampak teruja pula hendak mengetahui.
Tae Hwan jadi bosan. Lagi-lagi pasal temu janji. "Kan dah pernah cakap aku tak suka temu janji mencari jodoh."
Si gadis tersenyum kambing. "Mustahil kau tak sukakan perempuan. Bagaimana kau boleh cakap macam tu? Oppa..hidup kau akan jadi lebih bahagia dan berharga kalau ada teman wanita di samping kau. Percayalah. Tengok macam aku. Walaupun banyak kali bercinta dan berpisah tapi sekurang-kurangnya aku pernah dibahagiakan. Aku boleh dikirakan bertuah. Kau boleh faham tak?" Dia merenung Tae Hwan dengan riak wajah yang sedikit tegas. Benar-benar mahu lelaki itu mempercayai kenyataannya tadi.
Tae Hwan diam sejenak. Bukan soal percaya atau tidak, apa yang pasti detik itu dia enggan memberi sebarang respon.
"Oppa..kau menolak temu janji tu sebab dah ada kekasih kah?" Si gadis mula menduga.
"Ahni-a." Tae Hwan terus menyangkal.
"Habis tu mengapa kau tak cuba bercinta? Aku langsung tak pernah tengok kau keluar dengan perempuan semasa tinggal di Cheju. Sekarang pun begitu juga kah?" Lagi si gadis mendesak dengan pelbagai soalan mengenai topik yang sama.
"Keman neh. Aku tak berminat cakap pasal ni."
Si gadis menyengetkan bibirnya. Kurang berpuas hati tidak mendapat jawapan yang sah daripada lelaki itu. Namun dia tetap menurut.
"SI tocang, kau tinggal di tempat ni?" Sepasang matanya tertumpu pada sebuah bangunan pangsa yang tidak seberapa tinggi tetapi kelihatan agak mewah.
Si gadis menjeling geram. "Ya! Mampuslah kau gelar aku macam tu lagi! Dah lupa nama aku?"
Tae Hwan mengerling sebentar sahaja ke arah gadis itu, agak malas hendak melawan karenah si gadis.
"Kau tinggal seorang saja? Tak takut?" ujar Tae Hwan bagai hendak mempersenda pula.
"Oppa..kau ingat semua perempuan penakut? Kau dah silap. Zaman sekarang majoriti perempuan lebih suka tinggal sendiri. Lagipun aku sangat suka berdikari." Bersama jawapan itu, si gadis sempat melontarkan jelingan yang menyatakan rasa bengangnya.
"Chua, kau masuklah dalam. Aku nak balik," suruh Tae Hwan selepas itu.
Si gadis senyum kecil. "Oppa, baliklah dulu."
"Deh," sambut Tae Hwan membalas. Selamba sahaja. Dia beredar menuju ke keretanya yang diparkir di bahu jalan.
"Oppa!"
Perlahan Tae Hwan memalingkan wajahnya.
"Jangan sekali-kali kau panggil aku dengan gelaran buruk tu. Satu hal juga, aku nak kita selalu dapat jumpa walaupun kau dah sibuk sekarang." Si gadis sempat pula menghadiahkan peringatan juga harapan.
"Kena tengok jadual kerja aku."
Si gadis buat-buat menarik muka masam, tidak suka dengan balasan kata lelaki itu.
"Anda." Tae Hwan membiarkan sahaja kondisi wajah si gadis sedemikian tanpa mahu berniat menambah ayat untuk menghibur hati si gadis. Terus dia masuk ke dalam perut kereta lalu memecut kenderaan tersebut ke jalan raya besar.
Kemudian kelihatan si gadis sedang tersenyum sendirian. Sendiri mengenangkan sikap dan tabiat Tae Hwan yang tidak terdapat pada para lelaki yang pernah dikenalinya. Sekalipun dia sering tidak berpuas hati terhadap jiran sebelah rumahnya di Cheju itu, dia sebenarnya amat senang akan kehadiran Tae Hwan meski terkadang dia tidak mampu mendalami pemikiran lelaki itu. Namun masih, dia mahu cukup mengenali Tae Hwan. Sesungguhnya menemui Tae Hwan adalah salah satu punca dia datang ke Seoul.
Tuesday, March 4, 2008
Chapter 9
Posted by luckystar at 6:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment