PANGGILAN untuk Tae Hwan di lobi hotel. Bingung pula lelaki itu. Siapa yang menghubunginya?
"Oppa." Lembut suara si pemanggil melalui hujung talian.
Lagi-lagi suara itu yang didengar. Semacam jemu pula dia dibuatnya.
"Oppa!"
"Apa lagi?" Akhirnya Tae Hwan menjawab jua.
"Marilah temankan aku jalan-jalan petang ni. Kan dah cakap semalam?" ujar Hye Ri menggesa.
Kebetulan Shin Yeo berada di kawasan yang sama, menantikan lif untuk naik ke tingkat atas. Tidak semena-mena dia ternampak kelibat Tae Hwan. Meski masih ragu-ragu, dia harus mengambil tindakan. Telefon bimbit si bos dalam genggamannya. Langkahnya dihalakan ke arah Tae Hwan. Hasrat hendak balik ke pejabat dibatalkan.
Tiba-tiba Tae Hwan tersedar akan ketiadaan telefon bimbitnya ketika sebelah tangan cuba-cuba menyeluk semua saku yang ada pada kot dan seluar yang dipakainya.
"Oppa! Kau masih ada si sana kah?" Hye Ri tertanya pula. Tiada bunyi yang didengarnya daripada lelaki itu.
"Aku akan hubungi kau nanti." Terus sahaja Tae Hwan mematikan talian. Dia mempercepatkan langkah menuju semula ke bilik mesyuarat, barangkali dia tercicir telefon bimbitnya di situ atau dia telah kelupaan.
Shin Yeo terhenti seketika. Ke mana lagi si bos itu hendak pergi? Terpaksalah dia mengekori jejak si bos.
Tae Hwan melintasi lorong sama yang digunakannya sebelum ke lobi hotel sebentar tadi. Pandangannya melilau mencari, mana tahu terlihat telefon bimbit miliknya di sudut-sudut berkenaan.
Shin Yeo menyusul di belakang. Semacam menjangka Tae Hwan baru menyedari telefon bimbit tiada padanya. Berkira-kira apa yang wajar dilakukannya?
"Sajangnyim!"
Pantas Tae Hwan memalingkan wajah serius yang ditambah dengan sedikit keresahan. Sudah tentu hal telefon bimbit yang membuatkannya sedemikian rupa. Belum sempat Shin Yeo berkata apa-apa, dia sudah memintas.
"Aku tak ada masa. Kalau ada apa-apa nanti saja."
Dia meneruskan langkah segeranya.
"Lee-shi!" Sedikit terpekik Shin Yeo dek respon lelaki itu. Sambil menyusul ke hadapan untuk merapati si bos.
"Kau dah pekak kah?!" Tiba-tiba sahaja Tae Hwan naik darah.
Mati terus jejak Shin Yeo. Tertegun. Beberapa orang pekerja yang kebetulan melalui lorong tersebut kelihatan terperanjat bercampur kehairanan. Tae Hwan jadi geram. Jika dia tidak didesak, mana mungkin dia meninggikan suara di tempat tersebut. Semua gara-gara telefon bimbit. Shin Yeo pula tampak tenang.
"Aku tak ada masa nak dengar cakap kau. Ara chi?!" Cepat Tae Hwan meninggalkan posisinya.
Shin Yeo memerhati. Si bos enggan mendengar. Apa lagi yang boleh dilakukannya? Alahai!
KECARIAN di mana agaknya telefon bimbit itu tercicir. Tae Hwan semacam bergotong-royong pula mencari barang miliknya itu di merata bilik mesyuarat namun masih tidak diketemukan. Separuh mengeluh sudah Tae Hwan dibuatnya.
Muncul di dalam bilik yang sama, Shin Yeo cuma mampu menyaksikan kondisi si bos. Dia tidak tahu bagaimana lagi hendak bertindak.
Tae Hwan lalunya mendapati kehadirannya di situ. Geram. "Apa lagi yang kau tak puas hati? Tak boleh tunggu kah? Sekarang kau pergi." Serius nada arahan yang dia keluarkan serta perhatiannya tetap fokus mencari barang pentingnya itu.
Memang degil. Hanya itu yang jelas tergambar pada tingkah Tae Hwan.
"Lee Tae Hwan sajangnyim!" Agak tinggi suara Shin Yeo menegur.
Buat sesekian kalinya, Tae Hwan terpana. Benarkah apa yang didengarnya? Nama penuhnya disebut? Disebut?!
Shin Yeo meletakkan telefon bimbit di atas meja berhadapanan Tae Hwan yang tiada reaksi langsung. Kaku di tempatnya. Agaknya Shin Yeo tahu sebab lelaki itu tiba-tiba kehilangan punca namun tidak mahu memperbesarkannya.
"Aku cuma nak berikan telefon bimbit yang tertinggal tadi."
Sejurus kata-kata itu, Shin Yeo berlalu pergi.
"Beraninya sebut nama tu?" Tidak semena-mena Tae Hwan kembali bersuara lantas berpaling. Pandangan tajamnya bertembung dengan pandangan naif Shin Yeo. Lelaki itu nampak berang. "Beraninya sebut nama tu depan aku?!"
Bergegar jiwa Shin Yeo mendengarnya. Terperanjat.
"Non..kau cuba mainkan aku kah? Beraninya kau!" Semenjak dia memulakan tugas di hotel tersebut, tidak pernah-pernah dia mendedahkan nama penuhnya kepada umum di situ. Berang benar Tae Hwan. Sedangkan puncanya kelihatan remeh saja tetapi kesudahannya mengombak jiwa raganya mengawal kemarahan yang bakal menuju ke tahap maksima.
Merenung antara satu sama lain. Kemarahan dan kedinginan sedang bersaing.
"Aku kenal kau, sajangnyim."
Satu ayat lagi yang membuatkan Tae Hwan terpaku sejenak. "Apa yang kau cakap tu? Tentulah kau kenal aku. Bukankah aku bos baru di sini?" Cuba membuang gelora yang makin menerjah ruang hatinya.
Shin Yeo diam. Renungannya masih tidak terlepas tertumpu kepada Tae Hwan. Dingin tetapi nampak lembut. "Rakan sekelas. Kau pernah cakap macam tu dulu. Tak ingat? Aku tak tahu sama ada kau nak perbodohkan aku atau sebaliknya. Tapi aku memang kenal kau adalah rakan sekelas aku."
Tae Hwan rasa terpukul. Tiada lagi teka-teki. Sememangnya mereka berdua mengenal antara satu sama lain tetapi masing-masing cuba mengelak. Kini Shin Yeo pula yang mula membongkar. Kedegilan Tae Hwan telah menewaskan benteng kesabaran Shin Yeo dalam diam. Akibatnya, nama penuh si bos terpacul.
Pentingnya, segala firasat yang menjadi teka-teki sebelum ini sudah terjawab. Dialah orangnya, Lee Tae Hwan. Hakikatnya Shin Yeo tidak tersilap orang.
Wanita itu terus berlalu. Tenang sahaja. Selebihnya terpulang pada penerimaan Tae Hwan. Memang dia tidak silap orang. Lelaki itu tentulah Lee Tae Hwan. Lee Tae Hwan, rakan sekelas yang selamba lagi serius. Juga..?? Firasat yang ingin dibuang jauh-jauh dalam mindanya namun terpacul jua dari mulut akhirnya.
Lantas tertunduk pandangan Tae Hwan. Terkilan. Sakit hati dia bercambah.
SUDAH beberapa gelas kecil air minuman bir ditogak oleh Tae Hwan. Suasana di bar agak hingar-bingar dek bunyi muzik yang dimainkan. Semua itu masih belum mampu menggugat kondisi Tae Hwan untuk terus-menerus memesan air minuman yang sama. Cuba melepaskan kekusutan minda, berada di tempat sedemikian adalah pilihannya.
Aku kenal kau, sajangnyim.
Rakan sekelas. Kau pernah cakap macam tu. Tak ingat? Aku tak tahu sama ada kau nak perbodohkan aku atau sebaliknya. Tapi aku memang kenal kau adalah rakan sekelas aku.
Terbayang-bayang dalam fikirannya. Shin Yeo sebenarnya sudah dapat mengecam dirinya? Ahh!! Tae Hwan menogak lagi segelas bir. Apa yang sudah terjadi? Dia menganggap wanita itu langsung tidak mampu mengingatinya. Sebaliknya, Shin Yeo pula mengaku mengenalinya. Fikiran jadi semakin berserabut.
Lampu kamar sama sekali tidak dihidupkan. Malah dia terus menghempapkan tubuh sasanya meniarap di atas katil empuk. Rasa sedikit mengantuk. Mujurlah air minuman yang dipesan tadi tidak keras. Jika tidak, dia pasti tidak akan mampu pulang bersendirian. Namun sepasang matanya masih belum terlelap. Termenung. Mindanya melayang. Di saat itu hanya ungkapan kata Shin Yeo memancing pemikirannya.
Wednesday, March 5, 2008
Chapter 12
Posted by luckystar at 4:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment