Tuesday, March 4, 2008

Chapter 8

TERSENYUM-SENYUM Shin Yeo melayan panggilan si rakan yang sama-sama bekerja di kedai mereka dalaman yang terpaksa dia tinggalkan buat sementara waktu demi memenuhi komitmennya terhadap projek pembangunan Hotel Seoul sebagai pereka upahan. Sejurus dia mematikan panggilan, timbunan fail secara tiba-tiba diletakkan di atas mejanya. Shin Yeo hairan.

"Tuan Lee arahkan kami serahkan semua fail ni pada kau," ujar kerani bahagian.

Kebetulan Tae Hwan keluar dari biliknya dalam waktu yang sama dan terpandangkan si kerani. "Bagus. Kau boleh pergi sekarang."

"Baik, tuan." Si kerani beredar.

"Salin semua kandungan fail-fail tu dalam satu cakera padat. Aku perlukannya untuk mesyuarat esok." Tae Hwan memberi arahan kepada Shin Yeo.

Wanita itu terkesima.

"Wei? Sibuk kah?" Nada yang menjurus ke arah niat menyindir. "Nampaknya kau saja yang releks berbual dalam telefon tadi. Bukan maknanya kau tak ada kerja?"

Shin Yeo semakin hairan. Bagaimana si bos tahu dia berbual tadi? Lalu dia menolehkan pandangan ke tingkap pejabat Tae Hwan. Curiga pula lelaki itu memerhati setiap gerak-geri semua pekerja dari dalam. Manalah tahu.

"Ya..kau pandang apa?" Pantas Tae Hwan menegur.

Pantas juga Shin Yeo memandang ke hadapan. Pandangannya sedikit tunduk.

"Aku tak ada masa nak sentiasa perhatikan kamu semua." Berdalih lagi lah pula. "Kalau kerja tu tak siap, kau akan dapat susah." Bersama peringatan yang lebih kepada ancaman itu, Tae Hwan beredar.

"Mengapa bos begitu serius sekali?" Kwak tiba-tiba bersuara.

"Shin Yeo, nampaknya bos macam tak berkenan dengan kau." Byun membuat andaian.

Tak berkenan? Shin Yeo berfikir sendiri. Memang itulah yang dirasakannya.

"Apa-apa pun bos tetap kelihatan bergaya dan segak. Aku tak kisah kalau dia arahkan aku buat kerja tu. Aku lagi suka tengok kedinginannya." Mi Na melamun lah pula.

Kwak dan Byun jadi malas mahu melayan karenah gila bayang rakan mereka yang seorang itu.

Shin Yeo mengeluh ringan. Akur sahaja. Dia tidak silap dengar kah? Si bos baru mengancamnya sebentar tadi? Firasatnya menimbul. Lelaki itu tentulah..?? Mengapa mesti ada ayat yang sama yang membuatkan minanya terimbas kisah lalu? Fuh! Dia tidak berani memikirkannya. Bagaimana kalau tersalah orang? Apa yang penting, dia mahu membuang perasaan sering menganggap firasatnya itu benar.


RAGU-RAGU nampaknya Puan Choi ketika sedang menyelidik kertas laporan yang telah disiapkan oleh Tae Hwan buat kali pertama dia menjalankan tugas sebagai CEO baru. Barangkali wanita itu tidak yakin dengan hasil kerjanya namun dia tetap diarahkan untuk menjawat jawatan penting tersebut.

Malah Tae Hwan sendiri tahu bahawa Eun Joo adalah orang kuat yang mencadangkan namanya sebagai pengganti CEO di Hotel Seoul. Puan Choi menurut sahaja. Sedikit sebanyak si ibu mungkin mempercayainya setelah berjaya menguruskan resort milik keluarga mereka di Cheju. Tetapi..lantaklah apa pun perasaan si ibu terhadap dirinya. Tae Hwan tidak mahu ambil hirau.

Sesekali Puan Choi mengerling ke arah Tae Hwan. Lelaki itu buat muka selamba sahaja.

Akhirnya kelihatan Puan Choi menandatangi kertas laporan tersebut.


MESYUARAT sudah bermula. Semua rekaan yang telah disiapkan diteliti satu persatu oleh beberapa ahli lembaga pengarah. Kesemuanya berpuas hati dengan kepelbagaiaan dan keunikan semua rekaan itu. Puan Choi dan Eun Joo turut memberi reaksi yang sama. Tae Hwan merasakan sesi permesyuaratan yang pertama kali melibatkan dirinya itu berjalan lancar. Bagus!

"Prestasi kau agak baik tadi," komen Eun Joo sebaik selesai mesyuarat.

"Saya akan buat dengan lebih baik lagi lepas ni," ujar Tae Hwan menyambut.

Puan Choi menjeling. "Lebih elok kau pegang cakap tu. Jangan sampai lain pula jadinya nanti." Cenderung pula ke arah tujuan menyindir atau apa?

Seperti biasa, Tae Hwan tidak mengambil pusing akan omelan ringan Puan Choi malah terus menyusuli kedua-dua wanita itu.


"BWUH?" Kaget sejenak Shin Yeo dibuat ungkapan kata Mi Na sebentar tadi.

"Tolonglah, Shin Yeo. Tolong aku fotokopi semua dokumen ni. Penting sangat untuk keperluan mesyuarat lusa nanti. Aku kena hantar mak hadiri perjanjian sekarang. Kwak dan Byun tak nak tolong aku. Mereka kata aku cuba cari helah nak lepaskan diri."

"Tentulah. Kan kau selalu curi tulang dalam waktu bekerja." Kwak menyampuk.

"Aku tak kata kau cari helah cuma masa ni aku kena balik jumpa klien. Minta maaflah." Byun menyangkal.

Mi Na menjuihkan bibirnya. "Tapi sekarang aku betul-betul ada hal. Bukannya aku tak nak buat kerja ni."

Kwak dan Byun tidak ambil peduli bahkan mereka berdua terus meminta diri untuk pulang dahulu. Sengaja ingin menyakiti hati Mi Na.

"Jahatnya mereka!" Mi Na menggerutu. Dia memandang Shin Yeo, meminta simpati. "Aku hanya boleh harapkan kau seorang saja. Jadi..tolonglah aku, ya?" Sambil-sambil mendakap beberapa buah dokumen penting yang dikehendaki oleh pegawai atasan bagi sesi mesyuarat nanti.

Shin Yeo serba salah. Dia tampak keberatan pula hendak bersetuju. Bukan apa, dia juga sebenarnya punya temu janji sekejap lagi memandangkan waktu kerja sudah berakhir.

Tae Hwan memunculkan diri dengan membawa briefcase miliknya yang kehitaman. Sebagaimana pekerja-pekerja lain juga, dia turut mengakhiri tugas pada waktu tersebut. Kemudian dia menghentikan langkah. "Apa hal ni?" Tertanya-tanya kondisi yang terjadi antara dua staf bawahannya itu.

Mi Na mengekek. "Sajangnyim. Aku ada hal kecemasan sekarang jadi nak minta tolong Shin Yeo buat kerja ni untuk aku." Dalam waktu yang sama dia menunjukkan dokumen-dokumen yang berada dalam dakapannya detik itu.

Beralih pula perhatian Tae Hwan ke arah Shin Yeo yang nampak sedikit kegelisahan.

"Kim Shin Yeo-shi..apa lagi? Tolonglah dia." Serius sahaja nada Tae Hwan menutur ayat yang entah sebuah arahan atau apa.

Shin Yeo tidak mempeduli. Dia menatap wajah si rakan. "Mi Na-shi, apa kata aku buat
esok?"

"Andwae. Semua salinan dokumen ni kena hantar pagi esok."

"Tak apalah. Mi Na-shi, kau pergilah. Biar Cik Kim yang buat."

"Okey. Komawo, Shin Yeo." Mi Na kegirangan. Terus tergesa-gesa menghilangkan diri di balik pintu pejabat.

Hendak sahaja terlopong mulut Shin Yeo dibuat madah si bos. Biar betul. Baharu kelmarin dia diarah dengan tugas yang jika difikirkan pekerja bahagian lain lebih pakar melakukannya dan pada hari itu, Shin Yeo dapat pekena lagi kah? Apa ni?

"Bagi pengetahuan kau, aku adalah bos di sini. Sebab itu..suka hati aku nak beri arahan. Satu lagi, mampuslah kau tak ikut arahan aku. Oh?" Nampaknya tidak lekang ayat berbaur ancaman sedemikian dihalakan oleh Tae Hwan.

Setelah pasti kelibat si bos meninggalkan pejabat bahagian berkenaan, Shin Yeo melepaskan keluhan. Mengapa mesti dia yang diperlakukan sebegitu? Sengaja kah? Semacam rasa diseksa pula. Hakikatnya dia hendak memantau keadaan kedai dan berhajat ingin menolong si rakan di situ setelah berbual bersama hari kelmarin. Huh..nampaknya hajatnya itu terpaksa dibatalkan. Membelak-belak semua dokumen yang Mi Na serahkan, terlepas lagi satu keluhan. Tiba-tiba dia berasa tidak berpuas hati terhadap Tuan Lee.

0 comments: