Wednesday, March 5, 2008

Chapter 16

"BAGAIMANA dengan rekaan-rekaan kau tu?" Byun cuba-cuba bertanya.

Shin Yeo tersenyum kelat. "Aku kena buat rekaan baru. Bos kata rekaan-rekaan ni biasa saja."

"Bwuh? Bos cakap macam tu?" Kwak tampak hairan.

Dia hanya mampu mengangguk.

"Mengapa pula? Aku rasa rekaan kau ni dah cukup perasa."

"Agaknya pendapat bos berlainan. Huh..apalah nasib kau kali ni," ujar Kwak mencelah.

"Tak apalah. Aku boleh buat semula." Shin Yeo cuba tidak mahu memperbesarkan hal tersebut yang baginya kecil sahaja.

Namun fikiran Shin Yeo agak kacau dibuatnya. Bagaimana Tae Hwan boleh berkata demikian? Bukankah sebelum menghasilkan kesemua rekaan itu, dia sudah mengenalpasti tema tetap yang dimahukan tetapi mengapa pula ditolak? Atau Tae Hwan cuba membuat perubahan? Atau dia saja dijadikan pekena atas peristiwa tempoh hari sebagai hukuman? Huh..Shin Yeo boleh jadi pusing bila terus memikirkannya. Jalan terbaik, hal tersebut cuba dipandang ringan.


"ADA beberapa klien baru yang kita perlu temui bagi projek baru Mall hotel ni. Jadi kau kena urus hal ni dengan baik."

Eun Joo dan Tae Hwan berjalan berdampingan di lobi hotel.

"Jangan bimbang. Awak serahkan saja urusan ni pada saya." Tampak yakin Tae Hwan menyambutnya.

"Baguslah. Oh ya, saya rekemenkan awak bawa Encik Byun untuk perjumpaan klien-klien kita tu. Saya rasa dia boleh bantu awak."

Tae Hwan mendengar sahaja, reaksinya seakan menerima pertimbangan itu tetapi dalam otak kepalanya terklik pula idea lain.

"Onni!"

Mereka berdua lalunya dikejutkan oleh suara nyaring milik yang lain tidak bukan adalah Hye Ri. Tae Hwan kelihatan sedikit kurang senang melihatkan kehadiran gadis itu di situ. Mungkinkah disebabkan hal semalam?

"Hye Ri," sambut Eun Joo mesra. "Kau buat apa di sini?"

"Saja nak jenguk awak." Apakah jawapan yang jujur? Walhal ekor matanya tertuju kepada lelaki di sebelah kakak sepupunya itu. Membuahkan sebuah kerlingan yang semacam. Marah agaknya?

"Jenguk aku? Kau selalu ada masa nak menjenguk aku, ya?"

"Tentulah." Hye Ri menjawab ria. Sambil dia mengerling ke arah Tae Hwan.

"Kamu berbuallah." Tae Hwan hendak meminta diri.

"Tae Hwan." Pantas Eun Joo menegur. "Tak eloklah begini. Hye Ri datang sini. Kau tak nak temankan dia?"

"Saya sangat sibuk. Lagipun, belum pasti dia takkan datang lagi ke sini esok. Betul tak, Han Hye Ri-shi?" balas Tae Hwan dengan kata sindiran.

"Deh. Saya pasti akan selalu datang sini jadi kakak tak perlu risau. Abang Tae Hwan akan temankan saya lain kali. Ke cho?" Hye Ri membalas pula bersama nada ejekan. Dalam waktu yang sama, dia seolah-olah mahu mencabar lelaki itu. Tae Hwan mengatakan tidak kisah jika dia datang setiap hari ke hotel tersebut untuk mengganggunya. Namun apa yang didapatinya, Tae Hwan sungguh dingin.

"Hak kae." Pantas Tae Hwan mengundur.

Hye Ri nampak kecewa. Hubungannya dan Tae Hwan kelihatan kurang baik. Kedinginan Tae Hwan menghampakan Hye Ri. Kesedihan di hati menimbul pula.

"Hye Ri, mari pergi minum. Kita boleh berbual panjang." Eun Joo mempelawa. Ramah.

Gadis itu menurut tetapi sebaliknya senyuman yang dipamerkan tawar.


"SHIN YEO-SHI, Tuan Lee suruh aku beritahu kau pasal temu janji dengan klien malam ni." Byun bertutur.

"Bwuh yo? Temu janji dengan klien?" Shin Yeo tampak terperanjat.

"Yeh. Tuan Lee nak kau datang ke tempat ni dalam pukul 8 malam nanti. Dia nak kau berbincang dengan klien tu tentang keistimewaan projek kita."

"Ahn deh yo, Byun-shi. Aku tak boleh buat begini. Aku bukannya pandai sangat dalam hal ni. Mengapa bukan kau saja yang pergi?" Kebimbangan terserlah di sudut wajah Shin Yeo. Pelik rasanya. Kenapa pula dia yang harus memikul tanggungjawab tersebut walhal dia bukanlah arif benar mengenai projek hotel berkenaan. Apa yang dia tahu cumalah tentang reka bentuk bagi projek Mall Hotel Seoul.

"Mungkin bos rasa kau boleh buat kerja ni dengan baik sebab tu dia nak kau yang pergi."

"Ahn deh yo." Shin Yeo masih hendak menolak arahan yang diberi.

"Shin Yeo-shi, kau janganlah macam ni. Tak takut kah kalau Tuan Lee naik berang pasal ni?" ujar Byun menyambut.

Bimbang Shin Yeo belum surut. Lainlah halnya kalau dia sudah membuat persediaan malah yakin untuk melakukan yang sedemikian. Ini tidak, dia langsung tidak dimaklumkan mengenai temu janji tersebut dengan lebih terperinci. Dia benar-benar enggan mahu menerima.

"Begini saja, biar aku terangkan apa yang patut dalam perbincangan dengan klien tu nanti. Kau hanya perlu buat apa yang aku beritahu kau. Tak usah bimbang. Okey tak?"

Dia diam sahaja. Agaknya mahu tak mahu dia terpaksa menurut arahan berkenaan. Tetapi dia sungguh tidak rela mahu melakukannya. Pelik betul. Mengapa Tae Hwan harus mempertanggungjawabkan dirinya untuk menghadiri temu janji itu?


KELAB karaoke...malam itu pihak hotel telah menempah sebuah bilik VVIP yang ada di situ demi keperluan temu janji bersama klien. Agak berdebar-debar hati Shin Yeo tatkala tengah menanti akan kedatangan klien tersebut tambahan pula dia hanya berseorangan. Batang hidung Tae Hwan masih belum nampak. Kalau dikirakan, si bos juga sepatutnya sudah berada dalam bilik karaoke tersebut.

Sejurus kemudian daun pintu terbuka. Dua orang lelaki berpakaian segak dan kemas melangkah masuk ke situ setelah diiringi oleh seorang pekerja kelab berkenaan yang lalu meninggalkan kedua-duanya bersama Shin Yeo.

Shin Yeo menunduk memberi tanda hormat.

Salah seorang daripada mereka melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dia manakala seorang lagi hanya berdiri. Lagaknya seperti seorang pengawal peribadi.

"Jadi..kau adalah pekerja Hotel Seoul?" Si klien memulakan bicara dengan pertanyaan.

"Sebenarnya aku cuma pereka upahan. Aku terlibat dalam projek baru Mall Hotel Seoul jadi aku hanya bekerja sementara waktu di sana."

"Kau kerja di hotel mana sebelum ni?"

"Ahni mida. Sebelum bekerja kontrak di Hotel Seoul, aku bekerja di sebuah kedai rekaan. Lepas tamat perjanjian, aku akan bekerja balik di situ." Terang Shin Yeo akan kondisi sebenar status pekerja di hotel terkenal Korea itu.

Kelihatan si klien mengangguk faham. Keseriusan tertonjol di wajahnya yang sudah berkedut.

"Hanya kau seorang saja yang datang? Bos kau mana?"

Shin Yeo terdiam. Tiada idea hendak berkata apa. "Yeh gu.."

"Bos kau tak nak datang, kan?"

"Eh?" Berkerut dahi Shin Yeo mendengarnya.

"Apa kata kau nyanyi satu lagu sambil tunggu bos kau datang?"

Mengerut pula wajah Shin Yeo buat seketika. Menyanyi? Apa maksud sebenar lelaki itu?

"Sebenarnya aku tak suka tunggu orang datang jadi bagi mengelakkan kebosanan, kau nyanyilah depan aku sekarang."

"Maaflah, aku tak pandai nyanyi." Shin Yeo membuat pengakuan. Dia mula berasa tidak selesa.

Si klien ketawa. "Tak pandai nyanyi? Kau cakap biar betul. Baik, kau menari sajalah."

"Sonsaengnyim!" ujar Shin Yeo membalas. Serius nada suaranya. Seakan-akan dapat menangkap niat si klien. Mahukan dia dijadikan bahan hiburan, begitu kah?

"Wei?! Kalau tak nak aku terus balik, lebih elok kau dengar cakap aku. Menyanyi atau menari untuk aku. Bukannya susah sangat pun." Komen si klien. Keangkuhan tertera pada karekternya yang tampak ego.

Geram hati Shin Yeo jadinya. "Encik, mungkin bos tak dapat datang. Tak bolehkah kita mula perbincangan sekarang? Ini lebih elok dari membuang masa."

"Ya! Biadabnya!" Si klien naik berang.

Si pengawal peribadi pula cuma mendiamkan diri, sebahagian tugasnya barangkali.

"Bagaimana mereka boleh upah kau bekerja? Melampau betul! Agaknya dah nampak kamu memang tak berminat nak bekerjasama dengan syarikat aku."

"E-go ahni-a ..(Itu bukan maksud aku)," sangkal Shin Yeo.

"Habis tu? Ya! Tak usah berpura-pura kau tak pernah berhibur dengan klien sebelum ni. Aku tak peduli. Kau kena buat juga untuk aku!" Sombongnya lagak si klien. Malah ringan sahaja tangan dia cuba merangkul bahu Shin Yeo.

Pantas Shin Yeo bangkit dari duduknya. "Encik, kau dah keterlaluan!" Terus-terang dia mengeluarkan kenyataan.

"Bwuh?" Tajam dan sinis renungan si klien. "Kalau begitu kau boleh balik sekarang! Aku naik meluat tengok perempuan berlagak suci seperti kau! Apa lagi? Pergi berambus!"

Justeru itu Shin Yeo mencapai tas tangan dan beberapa dokumen yang dibawa tadi. Dia tidak peduli. Apa yang akan jadi, jadilah. Yang penting, dia tiada hati hendak menghadap klien lelaki itu! Miang! Angkuh!

Ketika dia menguak daun pintu dengan hajat hendak keluar, wajah Tae Hwan pula tersembul. Shin Yeo terkedu.

Tae Hwan lalunya menoleh ke dalam bilik tersebut. Matanya menangkap pandangan sinis si klien yang sedang duduk menikmati segelas bir di suatu sudut. Kemudian si klien terlihat pula akan kemunculannya yang tidak semena-mena.

"Ah..tentu kau adalah Lee Tae Hwan."

"Deh.." Tae Hwan melangkah menghadap si klien. "Minta maaf, aku datang lambat. Harap kau tak kisah." Perlahan suaranya cuba mengambil hati.

Shin Yeo pula mengunci mulut di ambang daun pintu bilik.

"Ya! Sekarang aku memang dah tak kisah. Aku takkan bekerjasama dengan kau." Sinis sungguh jelingan yang dilemparkan kepada anak muda itu.

Hendak terkebil lagak Tae Hwan. Seolah-olah tidak begitu memahami ayat si klien.

"Pasang satu lagu untuk aku. Suruh pengurus kelab hantar dua perempuan cantik ke sini."

Si pengawal peribadi segera menerima arahan.

"Cho gi yo, rasanya kau dan aku masih boleh bertolak-ansur." Tae Hwan mahu mencuba nasib.

"Kau pekak kah?! Aku dah kata tak berminat. Tak faham?!" Lantang pula nada si klien membalas.

Seakan hendak berderau naik darah Tae Hwan. Bukan apa, dia memang pantang bertemu manusia spesis sedemikian. Namun dia cuba mengawalnya seboleh mungkin. Akibatnya, pandangan Tae Hwan beralih ke arah Shin Yeo. Tajam. Dia semacam dapat mengagak punca kegagalan temu janji tersebut.

0 comments: