SIBUK kedua-dua belah tangan dia membelak pelbagai jenis sayuran di supermarket tersebut. Pantas sahaja Ji Sung menyambar seikat sayuran yang tengah dibelak-belik oleh Shin Yeo. Kelihatan wanita itu memberi respon yang sedikit kebingungan.
"Tak usah teliti sangat. Pilih saja sayur ni." Komen Ji Sung menegur akan sikap prihatin kekasihnya itu dalam menitik-beratkan kesegaran sesuatu keperluan yang mentah. Lelaki itu terus beredar sambil mengusung troli muatan barang belian.
Shin Yeo tidak dapat berbuat apa-apa apabila Ji Sung sudah nekad. Terpaksa akur. Namun senyuman tertera jua.
Pada kali itu Ji Sung mengajak Shin Yeo untuk pergi bersiar-siar membeli-belah di situ. Jelas sekali keprihatinan Shin Yeo terhadap keperluan Ji Sung tatkala dialah yang memilihkan hampir kesemua barangan makanan yang dijual untuk sang kekasih sementara kerja Ji Sung pula hanya mengusung troli. Tetapi tampak sungguh perasaan lelakinya berbunga dek sikap wanita itu. Bahkan kemesraan antara keduanya ketara sentiasa bersemi.
"Wah! Banyaknya awak beli barang makanan." Ujar Ji Sung menutur bicara setelah keluar dari gedung perniagaan tersebut.
Shin Yeo mengukir senyum. "Tak apalah. Semua barangan ni adalah keperluan awak selama dua bulan. Jadi tak usah pergi beli-belah lagi dalam masa terdekat ni. Ang gere?"
"Ikut suka hati awaklah. Saya cuma ikut cakap." Ji Sung membalas senang.
Juga sesenang hati Shin Yeo detik itu. Kemudian sahaja Ji Sung menggenggam tangan Shin Yeo, melemparkan senyuman seindah mungkin kepada Shin Yeo yang turut berbuat sedemikian. Sama-sama hendak memberitahu bahawa masing-masing dalam bahagia. Langkah diteruskan menyusur perjalanan di kaki lima.
TERKAKU. Sepasang matanya tidak dapat tidak lari melihatkan adegan tersebut. Adegan palsu kah itu? Namun hatinya tidak membenarkan dia percaya. Pada mulanya hairan yang timbul. Lama-lama dia berasa sangsi pula. Kemesraan Park Ji Sung dan Kim Shin Yeo! Berpegangan tangan?! Apa maknanya?
"Okey. Aku dah siap. Ayuhlah pergi." Tiba-tiba Hye Ri mencelah. Beberapa minit yang lalu dia berada di dalam tandas restoran.
Membatu. Tae Hwan kaku di posisinya meskipun bayang Ji Sung dan Shin Yeo sudah lenyap dari pandangan matanya.
"Oppa..wei gi rae? Ayuhlah!" Hye Ri menggesa. Bingung akan tingkah Tae Hwan yang berubah secara drastik. Sebentar tadi lelaki itu normal sahaja. "Oppa!"
"Kalau kau nak tengok wayang, pergilah sendiri." Hah! Berubah pula rancangannya? Aik?
"Wei gi rae, Tae Hwan oppa?! Kan tadi kau.."
Segera Tae Hwan memintas. "Hak kae." Dia terus sahaja berniat untuk berlalu.
Sepantas itu juga Hye Ri menyentap lengan Tae Hwan. "Kenapa dengan kau?! Janganlah macam ni. Oppa, kau nak sangatkah aku datang ganggu kau di hotel setiap hari? Kau betul-betul nak aku buat begitu?"
Bersama leraian pegangan Hye Ri, dia meringankan langkah pergi tanpa sepatah jawapan pun. Dia benar-benar tidak kisah. Langsung enggan mengambil kira perasaan gadis muda itu, selamba sahaja Tae Hwan meninggalkan Hye Ri.
Hye Ri kecewa. Namun hanya mampu memandang pemergian lelaki itu dengan kebisuan. Terselit juga rasa hairan apa punca Tae Hwan tiba-tiba menarik balik persetujuannya. Hatinya mula dipalit rasa sedih.
MEMBUANG tension. Tae Hwan galak meminum beberapa tin air bir di atas sebuah padang menghijau di pinggir kota. Kesunyian dan kesegaran malam memberikan dia sedikit kedamaian. Sebuah bayangan melanggar minda Tae Hwan. Hatinya terdetik. Mungkinkah mereka berdua sudah tidak seperti dahulu lagi? Mungkinkah dua insan berstatus cikgu dan pelajar itu sudah merubah haluan? Mungkinkah mereka sudah lebih dari pertalian dahulu? Mungkinkah..mereka sedang bercinta?
Keintiman dua manusia itu entah mengapa tiba-tiba sahaja mengombak perasaan. Dia cuba menegaskan diri supaya melenyapkan perasaan tersebut tetapi nyata ianya semakin mencengkam.
BEBERAPA keping rekaan berada di dalam pemerhatian Tae Hwan waktu itu sementara Shin Yeo tengah menunggu kata putus si bos sama ada rekaan dalamannya mampu mendapat penerimaan ketua baru tersebut atau tidak. Serius sahaja lagak Tae Hwan meneliti. Timbul rasa khuatir di jiwa Shin Yeo. Masakan tidak, peristiwa beberapa hari lalu masih belum berbalas.
Namun reaksi Tae Hwan nampak biasa saja. Agaknya reaksi marah dia tempoh hari hanya berlaku pada saat itu dan dia tidak mahu berlanjutan mengheret perkara tersebut. Agaknya begitu kah?
Tiba-tiba kepingan rekaan dilempar atas meja, tindakan sedemikian semacam tiada adab
pula.
Rupa-rupanya firasat sebentar tadi meleset. Perlahan Shin Yeo menyorotkan ekor matanya. Tae Hwan merenung tajam.
"Otto kha ji? Rekaan kau langsung tak menepati tema yang dah ditetapkan!" Komen dari mulut CEO Hotel Seoul.
Pandangan Shin Yeo menunjukkan sedikit kehairanan. Tak menepati tema? Apa maksud Tuan Lee?
"Ya! Kau ingat tempat ni untuk main-main? Kalau kau nak terus dibayar upah, buatlah kerja betul-betul sikit. Rekaan apa yang kau buat ni? Sampah!" Lagi komen laser daripada Tae Hwan.
"Sajangnyim!" Tegur Shin Yeo. Tidak berpuas hati.
"Wei?! Kau rasa tak senang? Tak puas hati?"
Shin Yeo cuba mengawal emosi. Rekaan yang telah sedaya-upaya dihasilkannya dikatakan sampah? Melampaunya!
"Aku tahu setakat ni hampir kesemua rekaan kau dapat pujian dari pegawai-pegawai lain tapi aku berbeza dengan mereka. Jangan pasal pujian tu kau dah rasa diri bagus sangat dan sebab tu lah tak teliti lagi nak hasilkan rekaan baru." Panjang lebar Tae Hwan melontarkan kata-kata pedas. "Aku nakkan kelainan. Semua rekaan kau ni biasa saja. Tak unik langsung."
Teralih mata Shin Yeo ke arah lain, enggan menghulur pandang kepada lelaki itu. Terasa diri sedang dipersenda.
"Buat lagi rekaan baru. Lebih elok kau pastikan rekaan-rekaan tu nanti menepati tema asal. Kau boleh keluar sekarang."
Bersama peringatan si bos, Shin Yeo mengambil kembali kesemua rekaan tadi dan berlalu dalam sedikit kehampaan dan kebingungan.
Kekal tajam jelingan Tae Hwan tatkala sekilas menoleh pemergian pekerja wanita itu. Bagai sedang memberi satu makna yang mendalam.
Wednesday, March 5, 2008
Chapter 15
Posted by luckystar at 6:01 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment