Wednesday, March 5, 2008

Chapter 14


ASAP rokok beransur-ansur disedut keluar. Tae Hwan tengah mengisap puntung rokoknya. Dia masih berada di laman luar, cuba mengasingkan diri dari dunia politik dan perniagaan. Pada hakikatnya dia lebih fokus memikirkan benda lain. Perihal pertemuan di luar dugaan dengan Ji Sung sebentar tadi berlegar-legar dalam mindanya. Apatahlagi bertemu Shin Yeo.

Dia pernah berfikir bahawa pemergiannya ke Cheju suatu ketika dahulu bakal melenyapkan semua kisah dan kenangan lama yang telah berlaku di sekelilingnya tetapi sebenarnya, dia seakan-akan lupa pada takdir. Mungkinkah pertemuan semula dengan insan-insan yang pernah dikenali itu adalah takdir untuknya? Tae Hwan resah.

NADA suara perlahan milik Shin Yeo sudah kedengaran di dalam talian. Ji Sung nampak ragu-ragu hendak memulakan bicara. Sebenarnya dia cuba bertanyakan wanita itu tentang Lee Tae Hwan yang telah dimakluminya merangkap sebagai CEO baru di hotel tempat Shin Yeo bekerja mengikut kontrak yang ditetapkan. Namun dia terasa disekat pula.
"Shin Yeo.."
"Yeh?"
Membisu. Ji Sung benar-benar curiga. Dia tidak tahu apa tindakan yang bakal dihulurkannya itu adalah perkara yang lurus. Bagaimana pula reaksi Shin Yeo nanti? Jika dia bertanya perihal Tae Hwan, tidakkah wanita itu akan bersusah hati? Fikirannya mula bercelaru.
"Ji Sung-shi." Panggil Shin Yeo.
"Oh?" Ji Sung tersedar dari melamun.
"Kwen cha na?"
"Ahni-a. Sibuk sekarang ni?" Menyimpang pula soalannya dari niat sebenar.
"Ahni. Wei?"
Ji Sung senyum sendiri. "Saja hubungi awak."
"Ah.." sahut Shin Yeo perlahan lagi pendek.

"Shin Yeo-a.."
"Yeh?"
Diam seketika. Terdetik rasa ragu dalam jiwa Ji Sung. "Apa kata esok awak temankan saya pergi bersiar-siar?" Tiba-tiba terpacul sebuah ajakan dari mulut Ji Sung. Masih tidak mampu meluahkan apa yang terbuku dalam fikirannya.
"Emm..chua."
"Betul? Awak tak sibukkah?" Ji Sung memerlukan sebuah kepastian.
"Kop chong ma, Ji Sung-shi. Saya masih ada masa untuk keluar."
Melebarlah pula senyuman menghias bibir lelaki itu. Selesa.
"Bagaimana dengan majlis ulangtahun tadi?"
"Bagus. Semuanya berjalan lancar. Saya baru balik rumah."
"Tentu awak dah letih. Pergilah tidur."
"Deh. Awak pun tidur awal sikit. Selamat malam."
Sejurus kemudian Ji Sung bersandar pada sofa ruang kamar tidur. Ternyata dia tidak tergamak melakukannya. Dia masih belum bersedia mahu bertanyakan soal tersebut kepada Shin Yeo. Padahal selama 10 tahun itu mereka tidak pernah berbicara tentang Lee Tae Hwan. Selepas pemergian bekas pelajar itu, mereka meneruskan kehidupan bersama-sama. Tiada lagi bayang Lee Tae Hwan yang wujud antara dia dan Shin Yeo. Lagi pula mereka hanya bekas rakan sekelas jadi mungkin disebabkan itulah Shin Yeo tidak bercerita lebih lanjut tentang CEO baru tersebut.
Apa yang penting di saat itu, Ji Sung mempercayai Shin Yeo.

LAIN pula halnya dengan Shin Yeo detik itu. Habis sahaja dia melayan panggilan Ji Sung, sesekali dia termangu. Memikirkan perihal Tae Hwan. Rakan sekelasnya itu sudah berubah. Ketrampilan kemas dengan rambut pendek, betul-betul membuatkan dia berbeza dari dahulu. Personaliti yang diserlahkan benar-benar melayakkan dia sebagai seorang CEO.
Shin Yeo berlanjutan termangu. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan Tae Hwan esok? Selepas peristiwa kelmarin, mungkinkah lelaki itu akan memberi hukuman yang lebih berat ke atas dirinya? Bukannya dia melakukan kesalahan yang besar pun. Menyebut nama orang yang dikenali, mengapa Tae Hwan naik angin pula? Huh..dalam mengeluh, dia hanya mampu berserah.


AGAK ligat jari-jemarinya menolak beberapa biji bola snuker dengan sebatang kayu khas. Tae Hwan saja meluangkan masa untuk bertandang ke kelab snuker. Kebelakangan ini dia sudah jarang bermain aktiviti sebegitu dek kesibukan bekerja, lantaran itu jugalah dia mengambil kesempatan untuk berada di situ.

Kali ini dia hanya memula dan menamatkan permainan secara bersendirian. Sungguh jarang dia pergi ke mana-mana berdampingkan teman. Sememangnya dia tidak punya ramai kawan jadi tidak hairanlah dia sering keseorangan, sudah menjadi adat sejak dahulu lagi.
Kebetulan Hye Ri turut berkunjung ke kelab yang sama. Sebaik sahaja dia terpandang akan kelibat seakan-akan lelaki dikenalinya tidak jauh dari posisinya, segera dia menguntumkan senyuman. "Oppa!!"
Lantas, Tae Hwan rasa terpanggil. Buat sekian kali, dia melemparkan tolehan memandang si pemanggil.
Hye Ri melambai-lambaikan tangan ke arah lelaki tersebut. Senyuman kian melebar.
"Kenapa kau boleh berada di sini? Tak sibukkah?"
"Waktu kerja dah habis. Jadi tak salah aku pergi mana-mana," jawab Tae Hwan seperti lazimnya. Acuh tak acuh.
"Marah nampak? Wei? Kau tak suka nampak aku kah?" balas Hye Ri. Sindiran agaknya. Namun seolah-olah luahan hati sendiri tatkala menghadap keselambaan Tae Hwan yang sering tidak memuaskan dirinya.
"Aku ada cakap macam tu?" sambut Tae Hwan, mengerling sekilas kepada Hye Ri sebelum mengalihkan sepasang matanya ke arah sudut lain.
"Ahni. Aku cuma agak saja. Mana tahu kau tak nak layan aku sebab dah tak suka aku lagi. Hal begini boleh jadi, kan?" Terang-terangan pula Hye Ri mengejek.
"Usah banyak cakaplah," ujar Tae Hwan mengomen.
Hye Ri sengaja memuncungkan mulut, tanda reaksi kurang senang.
"Huh..bila kau dah ada masa lapang, kenapa tak hubungi aku?" Terselit nada keluhan.
Berlanjutan gadis itu mengeluarkan butir bicara yang berbaur soalan dan kenyataan semata-mata.
"Buat apa?"
"Bwuh? Jahatnya mulut kau!" Hye Ri tampak bengang pula. "Sekali-sekala ajaklah aku keluar. Kita dah lama tak keluar bersama. Kalau kau pun dah bosan dengan aku, sekurang-kurangnya kau hubungi aku. Aku yakin mesti ada banyak hal kau nak cakap dengan aku. Kechi?"
"Tapi aku rasa kau yang ada banyak hal nak cakap dengan aku." Tae Hwan bagai memulangkan paku buah keras.
"Oppa! Tak bolehkah kau serius bila bercakap?" Hye Ri menegur.
Lalu sahaja dia melirik ke arah lain. Bosan mahu mendengar teguran mahupun aduan gadis itu.
"Mm..apa kata lepas ni kita pergi tengok wayang? Nak tak?"
"Shiro. Aku tak minat tengok wayang."
Hye Ri menarik muka masam. "Bencinya! Oppa! Kenapa kau selalu bersikap macam ni?" Nada yang agak tinggi.
"Ya! Kau jangan nak malukan aku. Cakap biar perlahan sikit. Chukko?" Detik itu Tae Hwan pula yang nampak bengang.
"Ya! Tahu tak betapa degilnya kau? Aku tak peduli! Kau mesti temankan aku tengok wayang hari ni juga!" Hye Ri mula berkeras.
"Shiro-a. Kau tak dengar kah?" Tae Hwan enggan mengalah.
"Deh. Chua. Tak apa kalau tak nak temankan aku tapi aku pasti akan datang ganggu kau bekerja mulai esok." Meleret terus senyuman di bibir Hye Ri. Sinis. Seakan-akan sedang menghulur sebuah cabaran.
"Ya..!" Tae Hwan jadi geram pula.
"Wei? Tak dengar kah? Nak aku ulang lagi?" Ejek Hye Ri dengan kata jeratnya.
Akibatnya Tae Hwan mengeluh. Diam. Kelihatan agak susah dia hendak memberi respon. Seperti sukar mahu meloloskan diri apabila bertutur kata dengan gadis tersebut.
"Bagaimana? Setuju?" Menekan bunyinya.
"Kerom yeon. Aku setuju kali ni." Akhirnya Tae Hwan menunjukkan reaksi yang baik.
Bagai enggan percaya tetapi tiba-tiba sahaja ayat itu melonjakkan kegembiraan dalam jiwa Hye Ri. Senyuman manisnya menggambarkan perasaannya. "Bagusnya!"
"Haciman..sebenarnya aku boleh tak bersetuju nak tengok wayang dengan kau. Lagipun, aku tak kisah kalau kau datang hotel setiap hari." Sejurus sahaja Tae Hwan mengajukkan kata-kata. Menunjukkan bahawa pada hakikat dia tidaklah mengambil peduli jika benar gadis itu berniat ingin mengganggunya bekerja setiap hari mulai esok. Nyata itu bukanlah alasan dia menerima ajakan Hye Ri.
Hye Ri berasa hairan. "Habis tu? Kenapa kau bersetuju pula?"
"Kessaeyo."
"Oppa..cakaplah," ujar Hye Ri menggesa.
Tae Hwan tidak mahu mempeduli akan gesaan Hye Ri. Dalam waktu yang sama, gadis itu memandangnya. Pantas bibir mungilnya mempamerkan segaris senyuman lembut.
"Kurae. Aku tak nak tanya lagi. Dah memadai kau temankan aku. Ayuh minum!" Hye Ri mengangkat gelas minumannya lalu mengunjukkannya ke arah Tae Hwan.
Pelik tapi benar. Meski agak ragu-ragu dengan sikap toleransi gadis itu yang agak tetiba, terus dia melakukan yang sedemikian dan menemukan cawan teh susu yang dipesan tadi dengan air sirap milik Hye Ri. Cheers! Kemudian baharulah mereka berdua menogak air minuman masing-masing.


Perhatian Tae Hwan lebih kepada suasana sekeliling restoran tersebut. Sebaliknya Hye Ri memandang renung ke arah lelaki itu. Terus dia tidak lagi hendak berkeras meminta jawapan daripada Tae Hwan. Cukuplah dia percaya pada andaian sendiri. Andaian yang menyatakan Tae Hwan sudi pergi tengok wayang kerana lelaki itu masih mahu meluangkan masa bersama.
Sukanya!

0 comments: