Tuesday, March 4, 2008

Chapter 11

SEBELAH tangan dia memasukkan kunci ke dalam lubang pintu lalu membuka tombolnya pula. Secara tiba-tiba dia terasa bahunya ditepuk seseorang. Segera Tae Hwan berpaling.

"Lee Tae Hwan!"

Sedikit melopong mulut Tae Hwan. Benar-benar tidak menyangkakan apa yang sedang berlaku di depan matanya waktu itu.

"Ya..kau buat apa di sini?"

"Aku saja nak menjenguk kau. Tak boleh?"

"Bagaimana kau tahu..."

Hye Ri memintas. "Kakak sepupu yang beritahu."

"Aisshh..siang tadi datang hotel mengganggu kak sepupu, tak bosan ganggu orang lagi?" Suara yang melambangkan dia seolah-olah tidak gembira menerima kedatangan insan tersebut.

"Bhia neh. Aku memang suka ganggu orang terutama sekali kau." Dia tersenyum kambing menatap wajah Tae Hwan yang nampak tidak sudi melayan karenahnya. Ah! Biarlah! Suka hati dia hendak buat apa pun.

"Tak payah susah-susah. Pergi balik sajalah."

Akibatnya, Hye Ri menerobos masuk ke dalam apartment menerusi pintu yang sudah sedikit terbuka. Dia tidak peduli sama ada selepas itu dia dihalau oleh Tae Hwan dek memasuki kediaman tersebut sesuka hati.

“Ya!” Kelihatan raut berang menghias ruang wajah Tae Hwan. Sayang sekali, dia sudah malas mahu bertingkah dengan kedegilan si gadis.

"Wah! Cantiknya rumah ni. Lebih selesa dari tempat tinggal aku." Berpusing-pusing tubuh Hye Ri memerhatikan seluruh pelusuk apartment berkenaan. Sangat mengagumkan.

Tae Hwan sekadar duduk diam di atas sofa empuk dalam ruang tamu rumah.

"Ya Lee Tae Hwan. Aku nak santai-santai di sini dan kau takkan boleh halang aku. Aracho?" Bermegah pula lagak Hye Ri mengutarakan hajatnya. Kemudian dia menoleh kepada si pemilik kediaman tersebut.

Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepala, muak mahu mengambil peduli akan telatah si gadis. Tambahan pula dia keletihan bekerja di siang hari.

"Kau letih? Nak aku tolong?" Sejurus itu, ringan sahaja jari-jemari Hye Ri mencapai kedua-dua bahu Tae Hwan. Bahkan dia cuba mengurut-ngurut sebagai pertolongan.

“Ya!” Terus Tae Hwan meleraikan dua belah tangan Hye Ri dan bangkit dari duduknya. "Tak usahlah. Kalau nak tolong aku, kau pergilah masak untuk aku."
"Okey!" Riang nada Hye Ri bersetuju.
Mengeluh pula Tae Hwan dibuat karenah-karenah Hye Ri yang hanya memenatkan dirinya. Sungguh dia tiada masa untuk menghadap gadis itu tetapi dia terpaksa.
Sementara menunggu sup menidih di dalam dapur, Hye Ri suka hati pula memasuki bilik Tae Hwan. Dia cuba pula menyelongkar sebuah almari. Pantas Tae Hwan sempat menghalangnya.
“Ya! Sekarang kau nak buat apa pula?!" Tinggi suara dia menegur. Kelihatan seperti marah. "Ini adalah bilik lelaki. Dalam almari ni ada barang yang perempuan tak patut tahu dan tengok. Faham tak?"
Hye Ri tersenyum kambing. Seakan-akan ada sesuatu yang melayang dalam mindanya. Apa agaknya barang yang cuba lelaki itu elakkan dari pandangan dan pengetahuannya? Barang sensitif kah? Hehe.
"Ya..jangan cakap apa yang kau fikir tu. Nak mampus?!" Tae Hwan menduga pemikiran Hye Ri detik itu lebih menyentuh kepada sensitiviti kaum lelaki. Pasti! Gadis itu pasti memikirkan perihal berkenaan. Dia jadi sangat tidak selesa.
"Kurae, aku takkan cakap apa-apa. Usah bimbang. Sekarang beri pakaian yang hanya boleh aku tahu dan tengok supaya aku boleh tolong kau cuci semua pakaian tu." Menyeluru pula bunyinya.
Hye Ri keluar dari bilik orang bujang itu dengan membawa beberapa helai baju dan seluar milik Tae Hwan. Benar dia tidak berkenan dengan pertolongan gadis itu. Namun apa boleh buat? Dia tidak wajar menghalau Hye Ri dari situ. Huh! Rimas. Sungguh!

HIDANGAN makan malam sudah tersedia. Sup masakan Hye Ri keciuman wangi dan sedap. Tae Hwan tiada komen, dia membedal apa sahaja yang ada di atas meja makan. Membuatkan Hye Ri berasa puas hati.

Sekali-sekala Tae Hwan mencuri pandang ke arah Hye Ri. Curiga akan layanan luar biasa gadis itu terhadapnya.
Hye Ri dapat menangkap pandangan Tae Hwan. Dia hairan. Lelaki itu pula terus merenungnya.
"Mengapa kau pandang aku macam tu?" Terluah jua persoalan di hati Hye Ri.
"Kau jawablah angin apa yang buat kau jadi baik hati hari ni?"
Hye Ri menjungkit bahu. "Tak ada apa cuma aku sangat tak berpuas hati kau langsung tak ada masa nak temankan aku sebaik saja aku datang ke sini. Kau ingat aku apa? Klien? Sekali sekala ditemui dan ditemankan, begitu? Ya! Kau dah melampau!"
Tae Hwan enggan menghiraukan Hye Ri. Sebaliknya dia terus menjamah makanan.
"Ya! Aku tengah bercakap dengan kau sekarang ni. Tak dengar kah?"
"Cukuplah. Aku tak nak bercakap dengan kau."
"Chua. Kalau tak nak cakap dengan aku, kau kena setuju temankan aku jalan-jalan esok."
Tae Hwan membisu. Perlahan dia menatap tajam ke wajah Hye Ri. Geram. Gadis itu langsung tidak mempedulikan reaksinya. Dia tampak ego dengan keputusan mahukan Tae Hwan keluar dengannya.
"Huh..aku betul-betul dah naik bosan." Dia mengeluh panjang sebelum mengundurkan kerusinya untuk bangkit. Selamba sahaja dia beredar meninggalkan Hye Ri terpinga-pinga dibuat tindakan Tae Hwan.
Akhirnya, Hye Ri mengetap bibir sendiri. Sakit hati.
Habis mencuci kesemua pinggan mangkuk di sinki dapur, Hye Ri mengelap kedua belah tangannya kemudian cuba menjengah Tae Hwan di dalam bilik tidur tetapi niatnya tertangguh ketika terlihat Tae Hwan tengah berada di meja bacaan yang berdekatan. Dia menghampiri lelaki itu. Tae Hwan menyembamkan wajahnya di atas meja. Agaknya dia sangat letih sebab itulah dia tertidur di situ.
Terbit idea nakal dalam otak kepala Hye Ri. Dia berhajat mahu memeranjatkan Tae Hwan. Namun hajatnya yang nyaris-nyaris berlaku itu mati tiba-tiba.

Matanya melekat merenung wajah lena Tae Hwan. Entah mengapa sepantas kilat sahaja dia tertarik akan wajah keletihan Tae Hwan.
Perlahan-lahan dia melututkan betisnya menjadikan wajahnya agak separas dengan ketinggian meja. Dia menopang dagu sambil terus merenung ke hadapan. Hati Hye Ri dirasakan berdebar-debar. Tidak pernah dialaminya ketika menenung wajah Tae Hwan sebelum ini. Satu perasaan menyusup ke dalam lubuk jiwanya. Terselit senyuman bermakna menghias bibir manis Hye Ri. Tae Hwan pula benar-benar lena.



SESI mesyuarat kecil sudah selesai. Mereka semua bersiap-siap hendak kembali ke pejabat.
"Aku nak pergi tandas dulu lah." Kwak memberitahu.

"Aku nak ikut," cetus Mi Na. Dia kemudiannya terjumpa akan telefon bimbit di tempat si bos duduk sebelum lebih dahulu keluar daripada mereka sebentar tadi. Tanpa izin tanpa ragu-ragu, dia segera ingin membuka telefon bimbit yang telah dimatikan.
Kwak pantas merenggut telefon tersebut. "Mi Na-shi, kau cuba buat apa ni? Tak elok tengok barang orang tanpa izin."
Mi Na tersengih. "Ahni-a. Aku cuma nak pastikan telefon bimbit ni milik siapa."
"Mengapa tak tanya aku dulu? Aku tahu siapa pemilik telefon ni."
Mi Na mengeluh kecewa.
Hak kae," ujar Shin Yeo meminta diri mahu pulang semula ke pejabat.
"Shin Yeo! Chakka man." Kwak memanggil. "Tolong pulangkan barang ni pada bos."
Dia kelu. Tampak gusar pula hendak menerima permintaan rakan sekerjanya itu. Bukan apa, dia cuma tidak mahu terjadi apa-apa komplikasi apabila bersemuka dengan Tuan Lee. Cukup-cukuplah yang berlaku sebelum itu.
"Ambillah dan pulangkan pada bos, ya?" Kwak terus menyerahkan telefon bimbit milik Tae Hwan ke dalam pegangan Shin Yeo tanpa kemahuan rakannya itu sendiri.

0 comments: